Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AQUILA EMAS DAHULUI MAJLIS BERBUKA PUASA; TUNE TALK SUSUL DI REBUNG, BANGSAR

Sempena hari kedua umat Islam menyambut Ramadan, Aquila Emas bersama Federal Hotels International  mendahului majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim yang dihadiri ramai tetamu termasuk media sehingga beberapa meja lagi terpaksa dibuka untuk menampung jemputan yang ternyata melebihi had undangan.
Ramai di antara artis-artis Aquila Emas turut hadir memeriahkan majlis dan melayani anak-anak yatim seramai 80 orang,  yang dibawa khas daripada Rumah Jagaan Titian Kaseh, Selain Juliana Ibrahim dan Ixora Chem yang bertindak sebagai pengacara turut bersama ialah Tony Yusof, Zizan Nin, Rizal AF, Ainul Aishah serta beberapa lagi artis wajah baru.
Berlangsung di Federal Hotel Kuala Lumpur, majlis turut meraikan suasana Kemerdekaan dengan bernyanyi serta mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke -54 tidak lama lagi.
Sementara itu. hari ketiga Ramadan menyaksikan pula Tune Talk meraikan media di Restoran Rebung dengan pelbagai  hidangan masakan nenek, lengkap muzik lagu-lagu Asli sebagai halwa telinga daripada persembahan kumpulan ghazal. Istemewanya hidangan di restoran milik Dato Chef Ismail ini tentulah gulai tempoyak ikan patin yang cukup lazat tidak terkira ameka jenis lauk pauk lain serta manisan yang menyelerakan. Semakin maju nampaknya Restoran Rebung cuma soal 'parking' sahaja yang menimbulkan masalah. Apa kata Chef Ismail beli aje lot parking di hadapan tu... dan caj murah sikit RM1 ke atau percuma ke untuk pelanggan  ... taklah sampai RM6 mcm sekarang.... Tak gitu?
1. Bufet di The Verandah, Hotel Federal KL :- RM70+ seorang; RM40+ warga emas; RM35 bagi seorang kanak -kanak. Buka dari 3 Ogos hingga 24 Ogos bermula jam 6.30-9.30 malam. 
Untuk tempahan: 03-21489166 atau layari www.fhihotels.com
2, Bufet Ramadan di Restoran Rebung, Bangsar:- RM60 seorang dewasa; RM38 seorang kanak-kanak (dari 5 hingga 11 tahun).  Setiap hari pelanggan berpeluang menerima hadiah baucer makan tengah hari kepada pembayar bil yang bertuah. Sebanyak 100 baucer disediakan sepanjang  bulan Ramadan.
Untuk tempahan:03-22832119 atau layariwww.rebung.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan