KONSERT SUARA KAMI ASTRO -17 SEPT. 2011
Nampaknya Majlis WHAM akan bertembung dengan Konsert Suara Kami Astro pada tarikh yang sama iaitu 17 Sept. 2011. Malah pada hari yang sama Harian Metro juga akan mengadakan Karnival Amal di perkarangan pejabatnya di Jalan Riong, Bangsar bertujuan membantu suami kepada wartaan hiburan Ramlah Zainal yang perlu menjalani pembedahan. Kak Fas doakan rakan Kak Fas, Ramlah tabah menghadapi dugaan dan berharap karnival beroleh kejayaan dan mendapat sumbangan sebanyak yang diperlukan. Kak Fas pasti WHAM juga akan sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan yang ditanggong kerana tujuan WHAM pun diwujud untuk membantu golongan wartawan hiburan yang memerlukan. Sebagai Setiausaha WHAM, masalah Ramlah akan diketengahkan kepada mesyuarat untuk perhatian.
Namun bagi peminat seni hiburan yang kelapangan pada malam 17 Sept itu bolehlah berkunjung ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan Konsert Suara Kami Astro yang menampilkan selebriti tempatan dan antarabangsa.
Bermula jam 8 malam, konsert berkenaan menurut Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia, dianjurkan bagi meraikan semangat para belia selain menyambut 15 tahun perkhidmatan Astro kepada pelanggannya disamping menyambut Hari Malaysia.
Antara barisan tersenarai dari arena muzik antarabangsa terdiri daripada kumpulan yang membawa muzik K-Pop, Rania, raja dan ratu carta hit India, Naresh Iyer dan Chinmayl, yang telah memenangi banyak anugerah, serta penyanyi canto pop Hong Kong, Hins Cheung.
Tidak dilupakan tentunya para artis tempatan meliputi nama-nama hebat seperti Faizal Tahir, Stacy, Hujan, Yuna, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Man Kidah, Kid Search, Joe Wings. Artis artis lain termasuk Psycho Unit, Soul Krazy dan Ruffneckz.
Bagi yang tidak kesempatan ke Stadium bagi menyaksikan konsert percuma ini bolehlah menontonnya secara live di saluran Astro Ria (104), Raya HD (188), Astro AEC (301), Astro Vaanavil (201), Astro Hitz (705), TV2 dan TV9. Ia juga boleh ditonton melalui laman sesawang www.suarakami.com.my, portal Astro Wap dan Era.fm.
Tempahan tiket boleh didapati di http://www.suarakami.com.my atau memenanginya melalui www,facebook.com/astro atau pun Twitter rasmi Astro di akaun @suarakami2011. Selain itu, radio-radio rasmi Astro juga akan mengedarkan tiket-tiket kepada pendengar bertuah, Jadi jangan lupa mendengar siaran radio Hitz, Era, THR Raaga dan MY.fm.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan