Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA TAMPIL BERGAYA LANCAR ALBUM INGGERIS, "ALL YOUR LOVE"

Maaf.. kerana sudah lama Kak Fas tidak 'update' kalian melalui blog ini. Bukan apa sebulan lalu Kak Fas mengurangkan aktiviti kerana ingin meluangkan masa bersama anak bongsu yang pulang bercuti daripada UK sempena Aidilfitri. Kini anakku Effa sudah pun kembali ke UK jadi bolehlah Kak Fas aktif semula dan memberikan info serta cerita terbaru yang berlaku dalam industri hiburan tempatan.

Sebentar tadi, Kak Fas baru sahaja balik dari menghadiri pelancaran album Inggeris pertama diva tersohor, Dato Siti Nurhaliza  yang berlangsung di Shook, Starhill. Mak dato... ramai sungguh yang hadir mahu melihat Siti menyampaikan lagu-lagu terbarunya dan yang pasti lagu hit singlenya kini."Falling in Love" sudah menambat hati ramai...Tahniah Kak Fas ucapkan kepada DS yang semakin hari Kak Fas lihat semakin jelita dan matang. Siti tampil dalam gaya sofistikated rona merah lengkap bertopi...memang sesuai dengan penampilan dan konsep albumnya yang ceria. Walaupun tanpa iringan Sean Kingston bersama, Siti menyampaikan lagu duet mereka "Remember You" dengan penuh semangat dan gaya tersendiri.

Menariknya album terbarunya ini, "All Your Love" adalah hasil usaha syarikat yang diasaskan oleh anak tirinya, Adib Khalid di bawah label What's Up Entertainment. Malah ia turut mendapat kolabrasi nama nama insan seni terkenal di arena antarabangsa seperti Richard Furch yang merupakan jurutera muzik pemenang Anugerah Grammy yang pernah menaikkan nama bintang ternama seperti Prince mahu pun Whitney Houston. Turut menyumbang adalah Eddie Schreyer yang dikenali dengan hasil kerja bersama Lady Gaga serta Kenya West. Selain itu, penerbit album turut mendapat khidmat tenaga asing iaitu Bryan B daripada Australia yang khabornya teman Adib.

Majlis yang berlangsung gilang gemilang dan padat dengan tetamu waima tempat sempit dan berlangsung hampir dua jam lewat daripada jadual jemputan, iaitu 3 petang, menyaksikan Siti turun daripada lif Starhill ke pentas dan menyampaikan lagu hitnya, "Falling In Love".

Difahamkan album yang menelan ratusan ribu ringgit ini bakal dipasarkan ke luar negara selain daripada Indonesia, Singapura dan Brunei yang lazimnya tidak menjadi satu permasalahan bagi penyanyi ini.

"Kami sedang mengatur langkah secara berperingkat agar album Inggeris ini dapat dipasarkan ke Amerika, Eropah mahu pun di rantau Asia seperti di Australia dan sebagainya," janji Adib kepada ibu tirinya.

Kak Fas percaya anak muda seperti Adib mampu mengotakan janjinya apatah lagi ayahnya seorang usahawan yang bijak dan berjaya.. jika kuah tidak tumpah ke nasi ke mana lagi.. tak gitu? Tahniah Dato Siti....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan