Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAMAL ABDILLAH DI ATMOSPHERE 360 - 11/11/2011


 Cukup cantik tarikh ini, 11-11-11...pastinya ramai yang memilih hari berkenaan untuk melangsungkan majlis-majlis yang penting dalam kehidupan masing-masing, Antaranya, Asian Kitchen (M) Sdn Bhd yang merupakan syarikat terbaru yang mengendalikan restoran berputar di Menara KL yang kini dinamakan 'Atmosphere 360'  tidak ketinggalan memilih tarikh keramat berkenaan untuk majlis "Satu Malam  bersama Jamal Abdillah".
Mengumumkan majlis berkenaan pada sidang media baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir memberitahu, tarikh berkenaan juga dipilih sebaga simbolik kepada bermulanya operasi restoran berputar berkenaan yang kini dikendalikan oleh Asian Kitchen dalam suasana dan dekorasi yang berubah sama sekali daripada terdahulu yang diusahakan oleh pihak Restoran  Seri Melayu.
Selain itu katanya, pemilihan Jamal dibuat berdasarkan kepada versatiliti Raja Pop itu yang mampu bertahan selama tiga dekad dan masih diminati sehingga kini. Sidang akhbar yang sepatutnya dihadiri Jamal bagaimana pun berlangsung tanpanya atas alasan Raja Pop itu kurang sihat. Dia diwakili pengurusnya, Ali Razak. Turut hadir Pengarah Eksekutif Asisn Kitchen, Datuk Khairi Aseh.
Sebanyak dua meja VIP yang memuatkan 10 orang boleh ditempah pada kadar RM15,000 manakala RM1,000 setiap seorang dijual secara individu atau semeja berjulah RM10,000. Tempat adalah terhad kepada 170 pengunjung sahaja bagi memberi ruang keselesaan kepada yang hadir.
Jamal dijangka menghiburkan pengunjung secara dekat melalui enam buah lagu dalam masa lebih sejam  di mana persembahannya akan bermula selepas sejam dari waktu jamuan yang bermula kira-kira 7.30 malam.
Selain itu, pengunjung akan menikmati sajian menu yang istemewa disamping menerima 'door gift' khas waima halwa telibga di hiburkan dengan nyanyian lagu baru dan lama  Jamal manakala  mata pula dapat menyaksikan keindahan malam kota kosmopolitan Kuala Lumpur dari jarah setinggi 282 meter.
Sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan boleh diajukan ke talian  03-20202121.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan