Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]
 IMAM MUDA MUSIM KE 3 BERMULA 1 JUN
Barisan Imam Muda musim ke 3

Askm.... Maaf sudah lama Kak Fas tidak mencoretkan sebarang cerita di dalam blog ini. Bukannya tidak mahu tetapi dalam sebulan dua lalu Kak Fas benar-benar sebuk dan tiada kesempatan untuk bercerita kepada anda semua... Maafkan saya! ... meminjam kata-kata Zizan Raja Lawak...
Apa pun Kak Fas berjanji akan sentiasa 'update' blog ini agar tidak ditelan masa....
Hari ini Kak Fas sempat menerima jemputan menghadiri majlis pelancaran Imam Muda musim ke 3 yang berlangsung di Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur di mana 10 Imam Muda diperkenalkan di samping pengacaranya, Ustaz Akhil Hayy.

Akan memulakan siaran pada 1 Jun depan bermula jam 9 malam menerusi saluran Asto Oasis selepas episod pengenalan yang akan bermula pada 28 Mei ini, 10 Imam Muda yang bertuah terdiri daripada seorang warga Indonesia dari Sumatra Utara, Muhammad Nasir M, Yakub Ismail atau nama ringkasnya, M.Nasir, 26,  dan sembilan lagi rakyat tempatan iaitu Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28, (Selangor); Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26, (Perak); Muhammad Azri Nami Mohd Kamal, 21, (Johor); Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21, (Johor); Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25. (Kuala Lumpur); Fakhrulrazi Ibrahim, 25, (Pulau Pinang); Omar Mohd Mokhtar, 21, (Pahang); Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26, (Perak) dan  Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 dari Kuala Lumpur.

Pelancaran musim ketiga ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Masitah Ibrahim yang turut diiringi  Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Izelan dalam ucapan awalnya memberitahu, penyertaan yang diterima pada musim ini memperlihatkan peningkatan 32 peratus berbanding musim ke 2 di mana antaranya 301 penyertaan diterima melalui dalam talian dan kebanyakan yang memohon terdiri daripada penuntut di luar negara seperti dari Mesir, Jordan dan Indonesia.

"Daripada jumlah itu, tiga peserta telah berjaya di pilih melalui uji bakat dalam talian." jelas Izelan sambil menambah kata para peserta antarabangsa yang turut memohon datang daripada Thailand, Kemboja dan Brunei.

Bertema "Perhubungan Keluarga" dan masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), musim terbaru ini akan menyaksikan penyertaan dua alumni Imam Muda musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang akan bertindak sebagai Mursyid (mentor).

Disamping itu, setiap Imam Muda akan dibantu oleh barisan Naqib (tenaga pengajar) yang terdiri daripada 10 Imam Muda musim pertama dan kedua.

"Mereka diberi tanggongjawab membimbing serta berkongsi ilmu kepada peserta dibawah bimbingan masing-masing," tambah Izelan.





1 ulasan: