'FEAR FACTOR': 30 SELEBRITI KE CAPE TOWN
Esok (23 Oktober 2012) bermulalah cabaran 30 selebriti terpilih ke Cape Town, Afrika Selatan bagi menjalani program 'Fear Factor Selebriti Malaysia" sehingga 15 November ini.
Mereka terdiri daripada antaranya Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Dazrin Kamarudin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz, Didie Alias, Azam Pitt dan Gambit Saifullah.
Artis-artis berkenaan akan bersama calon-calon lain seperti Celine Khor, Atu (Raja Lawak), Alam (Wakaka Crew), Ajak (Shiro Raja Lawak), Hairul Azreen,Nik Michael, Arthur Tan, Azri (AF), Zawen Anwar (Hero Remaja), Hafizul (On Air), Fairul, Norisham Ismail, Iz (OIAM) dan Helmy (On Air).
Majlis memperkenalkan barisan selebriti berkenaan telah pun berlangsung di Batu Caves baru-baru ini, yang turut mengumumkan pelantikan Bintang Paling Popular, Aaron Aziz sebagai pengacara Fear Factor.
"Pemilihan Aaron untuk melunaskan tugas sebagai hos dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karakternya yang bersahaja dan menarik serta mempunyai ramai peminat sememangnya menepati konsep dan penonton sasaran program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri sekali gus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad.
Fear Factor Selebriti Malaysia merupakan program realiti yang diadaptasikan daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Bezanya di Malaysia, format ini telah diubah suai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
Kerana itu, para peserta dikecualikan daripada perkara yang melibatkan pemakanan tetapi diuji dengan cabaran seperti ketinggian, air, api, claustrophobia dan binatang.
Menurut Raqim, sebaik sahaja program bermula di Cape Town, akan ada peserta yang disingkirkan setiap minggu sehingga selesai penggambaran pada 15 November depan.
Sebelum itu, kesemua selebriti telah menjalani latihan 'Boot Camp' selama lima hari di mana mereka diuji pelbagai latihan lasak seperti turun naik tangga Batu Caves sebanyak 8 kali dan pelbagai lagi ujian ketahanan mental serta fizikal.
'Fear Factor Selebriti Malaysia" dijangka ditayangkan
di Astro Ria dan Mustika HD nanti.
Mereka terdiri daripada antaranya Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Dazrin Kamarudin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz, Didie Alias, Azam Pitt dan Gambit Saifullah.
Artis-artis berkenaan akan bersama calon-calon lain seperti Celine Khor, Atu (Raja Lawak), Alam (Wakaka Crew), Ajak (Shiro Raja Lawak), Hairul Azreen,Nik Michael, Arthur Tan, Azri (AF), Zawen Anwar (Hero Remaja), Hafizul (On Air), Fairul, Norisham Ismail, Iz (OIAM) dan Helmy (On Air).
ANTARA selebriti Fear Factor Malaysia yang terpilih. |
"Pemilihan Aaron untuk melunaskan tugas sebagai hos dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karakternya yang bersahaja dan menarik serta mempunyai ramai peminat sememangnya menepati konsep dan penonton sasaran program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri sekali gus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad.
AARON Aziz selaku pengacara |
Fear Factor Selebriti Malaysia merupakan program realiti yang diadaptasikan daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Bezanya di Malaysia, format ini telah diubah suai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.
Kerana itu, para peserta dikecualikan daripada perkara yang melibatkan pemakanan tetapi diuji dengan cabaran seperti ketinggian, air, api, claustrophobia dan binatang.
Menurut Raqim, sebaik sahaja program bermula di Cape Town, akan ada peserta yang disingkirkan setiap minggu sehingga selesai penggambaran pada 15 November depan.
Sebelum itu, kesemua selebriti telah menjalani latihan 'Boot Camp' selama lima hari di mana mereka diuji pelbagai latihan lasak seperti turun naik tangga Batu Caves sebanyak 8 kali dan pelbagai lagi ujian ketahanan mental serta fizikal.
'Fear Factor Selebriti Malaysia" dijangka ditayangkan
di Astro Ria dan Mustika HD nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan