Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WAYANG: ZAITON CERITAKU 1 NOVEMBER


Barisan pelakon filem "Zaiton Ceritaku" bersama penerbit (tengah) dan pengarahnya, Esma Danial.

Zaiton di samping Nadia  Aqilah
Tarikh tayangan: 1 November 2012
Bintang: ****
Sebuah filem yang pasti meruntun hati setiap mata yang menontonnya. Daripada lakon layar, skrip dan mood yang ditimbulkan dalam filem ini, ia melengkapi satu sama lain dan menjadikan "Zaiton Ceritaku" garapan terbaik daripada pengarah Esma Danial. Malah Nadia Aqilah sebagai watak utama mendukung peranan sebagai Zaiton memperlihatkan lakonan yang tidak menghampakan.
Sesungguhnya pada generasi baru yang tidak mengenali penyanyi lagu "Menaruh Harapan" ini sebaiknya menonton kisah pahit getir yang dilalui 'diva' ini. Walau pun sedikit sebanyak ia menggambarkan ketidak prihatin keluarganya sendiri sehingga bantuan yang diterima Zaiton datangnya daripada seorang lelaki yang bukan darah dagingnya namun tidak banyak babak yang menonjolkan keadaan itu.
"Kami tidak mahu memaparkan perkara yang membabitkan Zaiton dengan keluarganya kerana Zaiton tidak mahu melibatkan keluarga. Kita kena menjaga isu isu sensitif agar tidak mengaibkan keluarga Zaiton seperti yang dikehendakinya. Sebab itu, beberapa pindaan terhadap fakta sebenar kehidupannya perlu dilakukan," jelas Penerbit Eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi kepada media di majlis pra tonton filem berkenaan baru-baru ini.
Itu juga antara sebab kenapa filem ini berubah pengarah kerana beliau tidak puas hati dengan paparan filem arahan pertama diarahkan oleh Fauziah Nawi sebelum ini.
 “Kita bukan seperti di Barat yang boleh paparkan kisah sebenar orang lain sesuka hati tanpa menjaga aspek sensitiviti mereka. Sebagai orang Asia, kita ada budaya dan norma yang kita perlu kita pegang apatah lagi Zaiton masih hidup." sambung Burhanuddin.
Turut hadir para pelakonnya Nadia Aqilah, Sahronizam Noor, Karl Shafek, Arash Mohamad, Norlia Ghani dan Fazlina Ahmad Daud.
Ditanya kepada Esma Danial, komennya, “Saya hanya memaparkan kisah hidup Zaiton untuk memperkenalkan Zaiton kepada generasi sekarang yang mungkin tidak tahu kisahnya. Pembikinan filem ini lebih kepada sisi dan aspek positif yang boleh dijadikan teladan dan bukan untuk menghakimi Zaiton atau pun keluarganya".
Menurut Esma, keseluruhan babak filem menggambarkan situasi yang benar dialami oleh penyanyi itu dan pemilihan Nadia Aqilah melalui sesi uji bakat menepati kehendaknya kerana dia telah membawakan watak Zaiton dengan sempurna.
Sementara itu, Zaiton yang dilihat sebak dengan paparan yang ditonjolkan menganggap filem itu telah mengembalikan kenangan pahit di mana beliau kehilangan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika kemalangan itu berusia 13 tahun.
Kemalangan ngeri yang menimpanya berlaku pada 21 Februari 1990 di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali, ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Ketil, Kedah, selepas mengadakan persembahan.
Ekoran kejadian itu, Zaiton yang cedera parah terlantar koma selama enam bulan. Selain mengorbankan anaknya, turut meninggal dunia  adalah pemuzik pengiringnya, Ismail Shaari, 20 tahun.
Menyentuh paparan dirinya dalam filem "Zaiton Ceritaku", Zaiton yang melahirkan kurang senang dengan beberapa babak yang seolah melihatkan dirinya tidak waras bagaimana pun berpuas hati dengan filem berkenaan yang diharap mampu dijadikan teladan kepada artis sekarang.
"Ingatlah sebelum terlambat," ujarnya penuh makna yang barangkali telah menyesali kehidupan lalunya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan