Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA SAH CERAI

.. 

Sejak drama bersiri "Cinta itu Milik ku", sudah pasti pelakon yang memegang watak Dini semakin dikenali ramai apatah lagi melihat karakter 'jahat'nya yang boleh membuat penonton meluat. Tetapi itulah tandanya lakonan Ana Dahlia berkesan. 
Sebagaimana ceritanya yang mohon dicerai dalam drama tersebut begitu jugalah realiti yang melingkari kehidupan perkahwinannya bersama anak Chef Wan iaitu Chef Riz. Ikuti kisah terbaru mereka seperti yang dilaporkan media:

Perpisahan pelakon Ana Dahlia dan Chef Riz sekitar dua bulan lalu, mendapat liputan meluas pihak media juga perhatian peminat hiburan. Namun ketika itu baik Ana mahupun Chef Riz memilih mendiamkan diri daripada berterus terang mengenai status perceraian - tarikh sebenar bilakah mereka bercerai. 

Bagaimanapun, dalam laporan mStar online , menyebut mereka bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor dekat sini pada 10 Disember lalu. Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu kepada portal tersebut.

Keretakan perkahwinan pasangan tersebut mula dihidu pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi.

Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka selain perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan itu.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011. Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana.

Sementara itu, Ana pula berkata, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu. Namun pelakon Cinta Itu Milikku ini akur dengan ketentuan takdir.

"Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga. Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah," katanya.

Tambah Ana, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan