CARTA MUZIK K-POP DI 8TV SETIAP JUMAAT
BIG BANG |
Berita
baik untuk peminat K-Pop semua! Carta muzik K-Pop M COUNTDOWN kini akan mula bersiaran di saluran hip 8TV!
Anda berpeluang untuk menyaksikan bintang-bintang K-Pop
kegemaran anda menggegarkan pentas M
COUNTDOWN.
Tidak dinafikan
seluruh dunia sedang dilanda demam K-Pop. Big Bang, Super Junior, 2NE1, Girls
Generation, FT Island, Sistar, Kara dan ramai lagi artis K-Pop ternyata
mempunyai jutaan peminat fanatik di seluruh dunia, waima 8TV akan
membawakan bintang-bintang K-Pop ini menerusi rancangan M
COUNTDOWN yang akan disiarkan
setiap Jumaat, jam 11.45 malam. juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708.
M COUNTDOWN merupakan sebuah carta
muzik yang cukup dikenali di seluruh dunia. Disiarkan setiap minggu, rancangan
ini akan membawa kita mengikuti carta lagu-lagu popular dari Korea. Pemilihan
lagu paling popular ini dibuat berdasarkan beberapa aspek antaranya menerusi
penjualan album, muat turun, undian penonton secara global dan undian dari juri
professional. Segmen yang paling dinanti-nantikan semestinya persembahan bertenaga
dari artis-artis K-Pop kesayangan anda!
Vokalis dari
band popular FT Island, Lee Hong Ki dipilih
sebagai pengacara untuk musim terbaru ini. Hong Ki tidak akan keseorangan tetapi akan ditemani
artis-artis popular sebagai pengacara jemputan dalam beberapa episod M COUNTDOWN.
Menurut Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan
8TV dan ntv7, fenomena K-Pop yang melanda dunia sememangnya memberi impak yang besar
dalam industri hiburan global.
“Sebagai
sebuah stesen televisyen, kami perlu peka dengan keadaan semasa dan yang paling
penting memastikan program yang disiarkan memenuhi selera penonton.
“8TV
cukup teruja untuk menyiarkan program carta K-Pop ini kepada anda! Saya pasti
ramai peminat K-Pop di luar sana tidak sabar untuk menonton siaran M COUNTDOWN ini. Kami pasti
program ini bakal mendapat sambutan hangat dari khalayak khususnya penggemar
muzik K-Pop!” ujar Airin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan