KONSERT YO YO HONEY SINGH 22 DISEMBER
DATO Malek Redzuan (tengah) bersama Rohit (empat dari kanan) dan kumpulan yang akan bersama Yo Yo Honey Singh pada sidang media di Restoran Moghul, Menaea KL baru-baru ini. |
Rapper Bollywood yang
terkenal dengan nama komersialnya, Yo Yo Honey Singh bakal menghiburkan
kira-kira 2,000 peminatnya di KL Live Centre sempena ‘Konsert Yo Yo Singh &
Rakan-Rakan’ yang akan di adakan pada 22 Disember 2012 ini.
YO YO HONEY SINGH |
Konsert penyanyi
berusia 28 tahun ini yang
dikatakan paling mahal dibayar untuk lagu ciptaanya dalam filem “Mastaan” iaitu
sebanyak AS$127,400, akan berlangsung dari jam 7 petang hingga 2 pagi dengan
artis jemputan tempatan terdiri daripada antaranya kumpulan Monsoon, Voice of
Punjabi, Me & My Punjabi
Friends serta deejay Amrick dan Pat.
Mengumumkan demikian
dalam sidang akhbar di Restoran Moghul, Menara KL baru-baru ini, Pengerusi GHC
Solutions Sdn. Bhd, Datuk Malek Redzuan sebagai penganjur bersama Hitman
Solutions Sdn Bhd., memberitahu tiket-tiket berharga RM99, RM149 dan RM199
sudah mula dijual.
“Bagaimana pun tiket
RM99 sudah habis ditempah sementara yang lain masih ada dan sedang laris serta
mendapat sambutan hangat,” ujar Malek Redzuan yang popular dengan lagu "Cukup Sampai Di Sini."
Beliau turut
memberitahu, satu tabung Gaza akan diedarkan kepada khalayak yang sudi
menyumbangkan derma untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin di mana pihaknya berharap dapat memperoleh sasaran antara RM5,000-RM10,000.
Sidang media turut
dihadiri Ketua Pegawak Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions Sdn Bhd., Rohit Rampal.
Rohit memberitahu,
pihaknya juga menyediakan ruang atas untuk jemputan vip dengan pembelian meja
sebanyak RM5,000 untuk 10 orang.
Untuk pembelian tiket
dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 012-9270331/016-9767189 atau
layari www.Yoyo2012.info. Konsert ini turut mendapat kerjasama daripada Zee Variasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan