RAFFLESIA TAJA MAHKOTA RATU CANTIK MALAYSIA/UNIVERSE
PENGARAH RAFFLESIA, WINNIE SIN (TENGAH) BERSAMA ENAM DARIPADA 16 FINALIS MS MALAYSIA/UNIVERSE DI BUTIK RAFFLESIA BARU BARU INI. |
Buat pertama kalinya, Rafflesia Pearl Centre akan menaja mahkota tiara bernilai RM500,000 kepada pemenang Ratu Cantik Malaysia/Dunia yang akan berlangsung pada 10 Disember ini. Mahkota berkenaan yang direka khas oleh Winnie Sin sendiri bermotifkan bunga rafflesia bersalut emas putih dengan hiasan berlian, blue sapphire serta mutiara berkualiti tinggi.
Mengumumkannya dalam satu majlis bersama media yang berlangsung di butik Rafflesia baru-baru ini, Bill Bora selaku perunding Rafflesia memberitahu, pihaknya juga akan memilih salah seorang daripada tujuh finalis pada peringkat akhir Ratu Cantik Malaysia/Dunia kelak untuk dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Rafflesia yang akan dilangsungkan dalam sebuah majlis khas pada 4 Januari 2013. Hanya pemenang Ratu Cantik Malaysia/Dunia dikecualikan.
WINNIE bersama tiara Rafflesia |
Antara enam daripada 16 finalis yang hadir terdiri daripada Carey Ng, 24; Sarah Jade, 25; Samantha Katie James, 18; Natalia Ng, 24; Symren Kaur, 20 dan Trisya Kuck 20 tahun.
Berhubung penglibatan Rafflesia pada acara berprestij seperti Ratu Cantik Malaysia/Dunia, Bill memberitahu, peluang yang ditawarkan kepada pihaknya merupakan keemasan yang tidak dapat di lepaskan apatah lagi ia bersempena 10 tahun Rafflesia berada dipasaran tempatan.
Dan mengenai pemenang Ratu Cantik Rafflesia, Bill memberitahu antara kriteria pemilihan, peserta haruslah mempunyai bakat dan boleh diketengahkan dalam industri hiburan.
"Kita memerlukan seorang Ratu yang boleh dibawa ke tepi mahu pun ke tengah kerana dia ibarat duta kepada Rafflesia malah perlu hadir pada sebarang majlis yang dianjurkan Rafflesia yang mampu menyerlah apabila berjalan di karpet merah" ujar Bill.
Pihaknya bagaimana pun belum memutuskan senarai barisan juri untuk pertandingan Ratu Cantik Rafflesia atau Miss Rafflesia yang akan berlangsung pada 4 Januari tahun depan namun yang pasti antaranya terdiri daripada selebriti popular tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan