LYANA JASMAY KAHWIN 2 FEB. SAMBUT MENANTU 9 FEBRUARI.
KAD Kahwin Lyana Jasmay...hitam putih jadi pilihan. |
KAD kahwin sebelah Fathuddin (di hadapan) |
Menurut isi kandungan kad, Lyana akan mengadakan majlis perkahwinannya di Dewan Merdeka PWTC dan dijangka seramai 2,000 tetamu akan hadir.
Tentu sekali majlis ini akan menjadi satu perkahwinan di awal tahun yang hebat.
Majlis menyambut menantu di sebelah pengantin lelaki, Fathuddin akan diadakan pada 9 Februari di Dewan Perdana Felda dan kedua-dua kad ini telah ditempah di kedai yang sama.
Khabarnya 100 kad telah dikhaskan untuk jemputan media sahaja dan ini menunjukkan Lyana menghargai teman-teman Kak Fas untuk bersama meraikan hari bersejarahnya itu. Tahniah kepada Datin Habsah yang Kak Fas kenal lama malah masih teringat waktu sama-sama berjalan di kota Taipei semasa menghadiri Festival Filem Asia Pasifik beberapa tahun dulu terutama kala masing-masing membeli kasut berupa design sama cuma berbedza warna. Kira satu citarasa lah!
Tahniah sekali lagi buat Lyana dan Fathuddin.. dan terlebih dahulu Kak Fas ucapkan Selamat menempuh alam baru dan Selamat Pengantin Baru!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan