Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CORNETTO UDA DAN DARA 1 MEI DI ASTRO RIA

Prem (belakang, tiga dari kanan) bersama Salman (sebelahnya) dan Azlin (kiri) bersama para pelakon. drama Cornetto...
 
Demam K-Pop sesungguhnya menghangatkan golongan remaja dewasa ini. Tidak hairanlah kumpulan-kumpulan K-Pop mahu pun penyanyi solo dari Korea sering diundang untuk mengadakan konsert di Malaysia.
 
Ekoran itu juga, fenomena K-Pop dibawa menular pula ke dalam drama apabila pengarah Prem Pillai menjadikannya intipati dalam drama terbaharunya  berjudul “Cornetto Uda dan Dara”.
Sejajar dengan tajuknya, sudah pasti ais krim Cornetto menerajui drama ini sebagai penerbit di bawah jenama Wall’s Cornetto  melalui syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd..
“Saya akui memaparkan elemen K-Pop dalam drama cinta ini bagi mengikuti kehendak cita rasa anak-anak muda kini yang menggilai  karya K-Pop,” ujar Prem dalam sedang akhbar di majlis pelancaran drama ‘Cornetto Uda dan Dara’ yang berlangsung di The Bee, Publika,  baru-baru ini.
Cornetto Uda & Dara dibarisi pelakon Dafi Ismail,  ChaCha Maembong serta  Alif Hadi, Jed, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Shaq, Alam, dan Normah Damanhuri.
Dijadualkan ke udara melalui saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei  depan (pukul 9 malam) selama sembilan minggu drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identity sebenar diri mereka. Mereka akhirnya mencapai kejayaan apabila masing-masing semakin hamper menjadi seorang bintang.
Kelainan drama ini terletak pada usaha pengarahnya melahrkan bakat-bakat baru  melalui uji bakat   di mana setiap peserta dinilai dari segi tarian, menyanyi dan berlakon dan pemenang berpeluang berlakon dalam drama berkenaan,. Muka-muka baru yang terlibat seperti Jen Shukri, Alif Hadi, Anwar Mokles dan  Shafiqah Fauzi.
DAFI DAN CHACHA MAEMBONG
"Tarian yang ditampilkan juga amat menarik untuk disaksikan, di mana ia jarang-jarang dilihat, “ tambah Prem.
Sementara itu,  Pengarah Julan, Kategori Aiskrim, Unilever (Malaysia)  Holdings Sdn Bhd, Ali Salman dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dapat berkolabrasi dengan Astro bagi merealisasikan drama tersebut.
“Cornetto terharu dengan pengalaman ini. Ia mencerminkan aspirasi jenama kami dan gembira dapat menyediakan platform  kepada anak-anak muda untuk mempersembahkan bakat mereka kepada khalayak,” jelas Salman. Turut hadir, Ketua Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi.
Siaran ulangannya  drama ini boleh diikuti  pada hari Sabtu, pukul 5 petang.. Dan sempena siaran treler drama itu, Cornetto memanfaatkan peluang memperkenalkan pembungkusan baru untuk varian Classic dan Royale.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan