Nikmati TONTON melalui Samsung Smart TV
Kwon Jae Hoon (tiga, kanan) dan Lam Swee Kim (dua, kiri) bersama Paul Moss (kiri) pada majlis pelancaran Samsung Tonton di Publika baru-baru ini. |
Terbaru, kolabrasi antara Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd dengan kerjasama Alt Media Sdn Bhd melancarkan aplikasi tv Tonton untuk digunakan dalam Smart TV, bertujuan mengembangkan pelbagai tawaran serta kandungan yang terdapat dalam tv berteknologi tinggi itu.
"Usahasama strategik ini dilihat bakal menawarkan koleksi kandungan tempatan serta antarabangsa yang lebih meluas kepada pelanggan, dengan majoritinya merupakan kandungan terbesar milik Media Prima," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Baru dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad.
Sempena pelancaran tersebut juga, Tonton menawarkan tontonan secara percuma beberapa drama hebat dari Tonton Premium sehingga 31 Ogos ini di mana penonton boleh menikmati pelbagai rancangan pilihan masing-masing termasuk drama-drama hit seperti Detia Hujung Nyawa, Dejavu di Kinabalu, Terlanjur Cinta
dan Love Compulsory (musim 1) serta drama yang hangat seperti Nur Kasih.
Aplikasi Tonton yang terdapat pada skrim Samsung Smart TV |
"Dengan lebih 2.9 juta pengguna berdaftar di Tonton kami begitu gembira menawarkan capaian Tonton kini kepada pelanggan Samsung menerusi tawaran meluas untuk kandungan tempatan dan antarabangsa," ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital. Turut hadir Kwon Jae Hoon, Pengrah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan