ABN XCESS - KABEL TV DIGITAL PERTAMA DI MALAYSIA
DATUK SERI Najib Tun Razak meancarkan ABN Xcess kabel tv digital pertama di Stadium Bukit Jalil Sabtu lalu. |
Pengendali rangkaian TV kabel digital pertama di Malaysia iaitu Asian Broadcasting Network (M) Sdn, Bhd, di bawah jenama 'ABN Xcess' membuka era baru dalam dunia penyiaran negara sebaik sahaja pelancarannya dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil Sabtu lalu.
Menawarkan pakej televisyen berbayar bersama internet berkelajuan tinggi kepada pengguna pada harga mampu milik dan terpantas iaitu sebanyak RM29.90 untuk 50 saluran dengan 8 saluran tv tempatan (free to air) dan 7 saluran radio biasa serta lima aplikasi permainan dengan jumlah kos RM158.99 sebulan untuk saluran tv berbayar dan pakej internet 10 MBPS.Turut ditawarkan 10 siaran HD tanpa caj tambahan.
Dalam ucapan pelancaran tersebut, Najib berharap ABN Xcess mampu mewujudkan persaingan yang sihat dalam industri multimedia di negara ini.
"Malaysia mempunyai ramai anak-anak muda yang berbakat. Saya yakin ABN Xcess boleh menyediakan pentas untuk mereka mengembangkan bakat kreatif masing-masing," ujar Najib.
Beliau percaya dengan adanya kandungan bermutu hasil sumbangan kreativiti anak-anak muda terbabit maka banyak siaran tempatan boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
"Langkah yang diambil ABN Xcess ini mampu membantu kerajaan mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, " tambah Perdana Menteri lagi.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi
dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Dr. S. Subramaniam; Pengerusi Eksekutif Asian Broadcasting Network (ABN) Sdn.
Bhd, Tan Sri K. K. Eswaran dan Pengerusi ABN, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar
Mohd. Nor.
Sreedhar Subaramaniam (kanan) mengiringi Najib |
Dengan pelaburan sebanyak RM2.3 bilion ABN pasti akan mengubah landskap sosial, persekitara dan ekonomi negara di mana semua peringkat masyarakat mampu mengakses, bermain dan berkongsi sebarang data dalam kelajuan yang tinggi.
"Tujuan kami untuk merealisasikan akses untuk semua golongan khususnya berpendapatan rendah, " jelas Sreedhar.
Pendaftaran
untuk khidmat HSBB dan TV Berbayar ABN kini dibuka di kawasan berikut dengan
pemasangan dalam tempoh 6 bulan:
Lembah Klang:
- Sri
Damansara
SET ABN XCESS dipasang percuma dengan kontrak dua tahun. - Bandar Manjalara
- Kepong
- Selayang
- Subang Jaya
- Bandar Sunway
- Puchong
- Taman Desa
- Kuchai Lama
- Ampang
- Taman Pandan Perdana
- Taman Bukit Pandan
- Pandan Indah
- Taman
Maluri
Ibu pejabat ABN di Puchong. - Desa Pandan
- Taman Segar
- Taman Nirwana
- Bandar Baru Ampang
Johor Bharu:
- Stulang Laut
- Taman Pelangi
- Taman Sentosa
- Taman Maju
- Permas Jaya
- Johor Jaya
Dalam masa lima
tahun akan datang, ABN menyasarkan untuk liputan lebih meluas ke seluruh
negara.
Sebarang
pertanyaan untuk perkhidmatan ini boleh menghubungi ABNxcess di talian
1300-22-3399 atau daftar secara online di laman web www.abnxcess.com.
Pelanggan yang telah membuat tempahan awal akan dihubungi untuk menentukan
tarikh pemasangan.
Dalam pada itu, konsert bertemakan 'Era Baru" yang berlangsung sempena pelancaran menyaksikan persembahan artis artis terkenal antaranya Anuar Zain, Dato M Nasir, One Nation Emcees, Soo Wincci, Najwa Latif termasuk dari Indonesia (Bob Tutupoly) serta dari India (Hariharan) dan Bangladesh diwakili kumpulan Somnr Monir Konal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan