ASTRO LANCAR 11 SALURAN & 5 PAKEJ BARU
HENRY Tan dan Liew Swee Lin memotong riben pelancaran Aatro Lifestyle Centre di MidValley sambil disaksikan oleh artis Arja Lee (tiga dari kiri) dan lain-lain baru-baru ini, |
Sempena perasmian Astro Lifestyle Centre di Midvalley Megamall baru-baru ini, Astro mengumumkan pelancaran 11 saluran baharu dan 5 pakej baharu dalam usahanya memenuhi keperluan 3.58 juta pelanggan stesen televisyen berrbayar itu.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan memberitahu, saluran dan pakej terbaharu itu diperkenalkan dalam format Definasi Tinggi (HD).
"Penonton kini sudah boleh menonton program terbitan Astro melalui Aatro Ria, Prima dan Oasis melalui saluran Astro Maya yang dikhaskan untuk mereka dalam format HD, " jelas Henry pada majlis pelancaran Astro Lifestyle Centre dan sidang taklimat program baharu dan pakej menarik Astro di Mid Valley baru-baru ini. Turut hadir Liew Swee Lin selaku Ketua Pegawai Komersial Astro.
Menurut Henry, Astro menawarkan pakej pengisian merangkumi pelbagai genre daripada lebih 20 pakej untuk disesuaikan dengan keperluan tontonan dan bajet penonton.
"Selain Astro Maya HD, 10 saluran lain meliputi Astro Hua Hee Dai HD, Astro On Demand HD, Astro Quan Jia HD, Raj TV, Kalaignar TV, Jaya TV, Vijay TV dalam Pakej Chakravathy, Astro Supersport 3 HD, Astro SuperSport 4 dan Lifetime HD menjadikan keseluruhan saluran Astro kini 174 saluran, " ujarnya,
Pek baru Family HD dengan 40 saluran SD dan 11 saluran HD diperkenalkan pada harga RM49.95
Di sampint itu, Astro turut memperkenalkan Value
Pack yang terdiri daripada Pek Nilai, Pek Naama dan Pek Wah dalam format HD
dengan harga RM75 setiap satu. Pelanggan
Value Pack juga boleh menambah
saluran genre yang lain ke dalam pek Nilai mereka seperti Sukan dan Filem
dengan bayaran tambahan sebanyak RM25 setiap satu ataupun Pek Mini dengan
bayaran tambahan sebanyak RM12 setiap satu.
Dalam pada itu, pelanggan Astro NJOI boleh turut menikmati tiga saluran tambahan iaitu BTV7, 8TV dan TV AlHijrah bermula 18 Jun lalu.
Dalam pada itu, pelanggan Astro NJOI boleh turut menikmati tiga saluran tambahan iaitu BTV7, 8TV dan TV AlHijrah bermula 18 Jun lalu.
HENRY Tan memperkenalkan saluran dan pakej terbaharu Astro |
Sementara itu, Liew Swee Lin dalam ucapannya berhubung pelancaran Astro Lifestyle Centre berkata:
"Kami ingin memastikan para pelanggan dapat merasai pengalaman hebat bersama Astro di semua peringkat, Oleh itu, kami berbesar hati ingin menjemput semua para pelanggan untu mengunjungi Lifestyle Centre ini yang menawarkan pusat hentian setempat, mempamerkan produk serta perkhidmatan terbaik daripada Astro agar pelanggan dapat berinteraksi dan merasai pengalaman perkhidmatan Astro selain peroleh maklumat tentang langganan, produk serta lain-lain lagi atau pun membuat pembayaran di kiosk bayaran yang disediakan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan