IZARA AISHAH DUTA BARU INNERSHINE PATI PRUN & CAMU CAMU
IZARA AISHAH bersama Encik Koh dan Pengurus Pemasaran Cerebos, Carmen Liew pada majlis Innershine baru2 ini, |
Sempena pelancaran produk terbaru Innershine iaitu pati prun Innershine dengan campuran buah Camu Camu dari hutan Amazon, syarikat pengeluarannya Cerebos (M) Sdn Bhd turut memperkenalkan duta terbarunya, pelakon Izara Aishah menggantikan duta terdahulu, Maya Karin,
Upacara pelancaran tersebut berlangsung penuh meriah bertemakan rona unggu dengan persembahan Altimet dan tarian santai di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pemilihan Izara Aishah bertetapan dengan konsep Innershine Pati Prun dengan Camu Camu di mana model jelita ini memperlihatkan seorang wanita moden yang mementingkan kulit lembut, berseri dan semula jadi sebagaimana hasrat dan objektif Innershine.
"Izara Aishah sememangnya sesuai menjadi duta Innershine kerana beliau memancarkan kecantikan asli dan keyakinan diri, sekali gus menguatkan imej produk kami sebagai penyelesaian yang paling selamat, halal dan semula jadi untuk menyihatkan badan dari dalam," ujar Koh Joo Siang, Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd pada majlis malam gala Innershine yang diadakan khas untuk rakan perniagaan dan media baru-baru ini.
Tambah Koh, Izara mewakili wanita muda hari ini yang giat berusaha demi mencapai matlamat hidup sendiri dan mampu menguruskan kehidupannya dengan baik.
Izara yang melahirkan rasa gembira dengan pelantikan tersebut menyatakan komitmennya untuk terus mempromosikan produk yang dirasakannya cukup segar untuk beliau memelihara kulitnya agar sentiasa berseri,
"Kandungannya yang kaya dengan serat pemakanan serta Vitamin C amat sesuai untuk wanita yang sentiasa bergerak aktif memandangkan ia bukan sahaja menyerikan wajah tetapi memelihara dalaman kulit agar bersih, " jelas Izara terhadap produk pemakanan berkenaan.
IZARA Aishah memperlihatkan Innershine Pati Prun |
Inovasi ini menjadikan Innershine Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan berkhasiat dan lebih baik.
Kajian saintifik menunjukkan buah Camu Camu mengandungi khasiat 30 hingga 50 kali lebih kaya dengan Vitamin C semula jadi berbanding oren. Vitamin C dapat menguatkan sistem imuniti badan dan membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang lembut dan berseri.
Maltodekstrin Resistan pula merupakan larutan serat pemakanan tambahan kepada serat prun dalam produk ini bagi melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi.
Manakala prun California yang berkualiti tinggi dan mempunyai banyak Vitamin C terkenal dengan sifat antioksidanya dalam membasmikan radikal bebas untuk melambatkan kesan penuaan.
Kesimpulannya bagi wanita yang ingin kelihatan anggun, menawan dan berseri dengan menggunakan persolekan minima bolehlah mencuba Innershine Pati Prun dengan Camu Camu ini yang kini sudah pun berada di pasaran pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 bagi pek 42ml x 12 botol.
Maklumat lanjut sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND'S di 1-300-228 300 atau layari laman web di www.innershine.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan