Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SALAM RAMADAN ....

AHMAD IZHAM OMAR (tiga dari kanan) dan  ketua-ketua saluran Media Prima...


Hanya lebih kurang dua minggu lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan dan mula berpuasa sepanjang sebulan. Dan saban tahun ketika munculnya Ramadan, stesen-stesen tv merangkan program-program menarik yang sesuai ditonton pada bulan mulia itu dan Media Prima yang memiliki saluran-saluran popular sepert tv3, tv9, ntv, 8tv dan portal sensasi Tonton tidak terkecuali menyediakan pelbagai program menarik bukan sahaja untuk Ramadan malah pada bulan Syawal sekali gus.

Mengumumkan demikian, satu majlis eksklusif bertemakan 'Seindah Ramadan, Anugerah Syawal' telah berlangsung dalam konsep yang cukup unik di bawah tagline 'Come Fly With Us' di mana sebuah frame berbentuk pesawat menjadi pintu masuk ke dalam dewan pelancaran.

Lebih menarik apabila persembahan dimulakan dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar  bertindak sebagai 'kapten' pesawat seterusnya memperkenalkan krew-krew masing-masing yang mengetuai setiap saluran tv Media Prima (lihat gambar atas). 

Dan kehadiran artis popular Anuar Zain, Adi Putra serta pelakon Indonsia, Nicholas Saputra mendapat tepukan gemuruh khalayak yang memenuhi dewan majlis pengumuman rancangan-rancangan Ramadan dan Syawal.

Malah para jemputan yang terdiri daripada selebriti popular tempatan hadir dalam pelbagai fesyen memperlihatkan seolah sudah Hari Raya lagaknya.
ADI Putra, Nicholas Saputra dan Izham 'Wisma Putra"...
Pendekata, majlis yang berlangsung penuh glam apatah lagi bagi tetamu yang memenangi hadiah istemewa daripada penganjur,

"Himpunan program kami pada tahun ini pasti menarik penonton waima kebanyakan program membariskan artis dan selebriti terkemuka, punyai kualiti terbaik bertaraf dunia dan lebih penting program kami percuma untuk semua penonton di Malaysia, " kata Ahmad Izham di sesi sidang akhbar pada majlis "Media Prima Ramadan & Raya Screening 2013 baru-baru ini.

Menurut Izham, pihaknya menghimpunkan pelbagai genre program terbaik seperti persembahan muzikal, dokumentari, filem, drama serta rancangan animasi sebagai sasaran penonton bagi saluran tv3, tv9, ntv7 dan 8tv.
NICHOLAS Saputra

Mengulas lanjut, Izham memberitahu, antara program menarik yang bakal disiarkan meliputi "Setia Hujung Nyawa Raya', '`Karlos Raya',  'Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari'.
TV9 pula antara yang menarik seperti 'Rockestra', 'Kidnap', 'Mad Markets Raya', 'Unplugged' yang menampilkan bintang ternama seperti Dato Siti Nurhaliza, Alyah, Najwa Latif dan ramai lagi. Manakala ntv7 pula memilih siri konsert seperti 'Westlife: The Farewell Concert' dan 'Big Bang Big Show' sementara 8tv pula menyiarkan rancangan seperti 'Kpop Music Fest in Sydney' da 'M Countdown: Hello Japan' dan lain lain.

Dan bagi mereka yang tidak berkesempatan berada di hadapan tv boleh menonton secara online melalui Tonton pada bila bila masa dan di mana jua. Anda boleh melayari tonton di komputer, telefon pintar, tablet atau daftar akaun Tonton secara percuma.
 
Sementara itu, para media yang hadir tidak melepaskan peluang mewawancara Nicholas Saputra yang terkenal sebagai peranannya sebagai Rangga dalam filem "Ada Apa Dengan Cinta" dan Joni dalam 'Janji Joni".

Nicholas diterbangkan khas oleh Media Prima dari Indonesia semata-mata untuk memeriahkan majlis memandangkan dua filemnya berkenaan bakal ditayangkan semasa Aidilfitri nanti.

Nicholas sempat berkata:

"Selama enam hari di sini saya akan mengambil peluang berehat di Kuala Lumpur sahaja," jelas Nicholas yang turut memberitahu sepanjang setahun beliau hanya mengambil satu tawaran sahaja,

"Saya lebih mementingkan kualiti dan populariti bukanlah tujuan saya menceburi bidang perfileman. Memang ada banyak tawaran diberikan tetapi saya hanya pilih satu setiap tahun. Saya bukan kejar populariti tetapi yang utama watak yang dipegang itu benar-benar punyai kualitas," ujar Ncholas.

Ditanya mungkin beliau akan berlakon di Malaysia, Nicholas sekadar menggelengkan kepala sambi berkata:
"Pernah juga mendapat tawaran berlakon beberapa tahun lalu tetapi kerana jadual saya ketat maka saya tidak dapat memenuhi undangan itu," jelasnya yang berhajat untuk menjadi karyawan di belakang tabir apabila masa telah mengizinkan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan