Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBUKA PUASA DI BEST WESTERN DUA SENTRAL

KEMBALI KITCHEN di Best Western Dua Sentral.
SAMBIL menjamu selera halwa telinga dihiburkan dengan muzik ghazal.






SEPANJANG bulan Ramadan ini pastinya anda mempunyai perancangan untuk membawa keluarga membuka puasa di luar apatah lagi jika kesuntukan waktu menghalang anda untuk memasak di rumah waima sebuk dengan tugasan di pejabat. Ini ditambah dengan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lantas tidak berkesempatan untuk tiba pada waktu sesuai untuk persediaan berbuka puasa.

Sekiranya anda sedang mencari-cari destinasi berbuka puasa yang menyelerakan barangkali boleh singgah sebentar di Hotel Best Western Dua Sentral yang terletak betul-betul di jalan raya yang sesak di Jalan Tun Sambanthan. Pendekata, jika sudah terperangkap berdekatan situ boleh sahaja turun ke arah Brickfields dan menuju ke Kembali Kitchen, restoran yang menyediakan menu berbuka puasa.
ANTARA hidangan yang disediakan,
Dengan harga RM98 nett untuk dewasa dan RM49 nett untuk seorang kanak-kanak (6-12 tahun) anda mampu menikmati kelazatan hidangan Melayu, Barat mahu pun Oriental.
Bermula 9 July dan berakhir pada 8 Ogos, pengunjung turut berpeluang memilih masakan 'barbeque' seperti daging kambing mahu pun aneka jenis makanan laut seperti ketam, udang, sotong dan banyak lagi.
Diketuai Chef Eksekutif Jaffery Othman, setiap hidangan dibuat cukup menyelerakan bahkan seperti air tangan ibu rasanya sehingga menjilat jari.
Antara masakan yang memikat seperti 'Ikan Tenggiri Bakar Bersumbat', 'Daging Rendang Tok Perak' mahu pun memulakan selera dengan sup ekor serta sup tulang rawan dengan kentang yang turut disediakan.
Sebaik azan dilaungkan dan setelah berbuka dengan kurma atau manisan lazat-lazat yang ada, pengunjung boleh menunaikan tanggongjawab bersolat disurau yang tersedia.

Ruangnya yang luas boleh memuatkan ramai dalam keadaan selesa untuk berbuka.

DUA masakan yang istemewa untuk dirasai.
Sebaik memasuki Kembali Kitchen halwa telinga anda akan dihiburkan oleh alunan muzik Ghazal malah sejuk mata memandang pada suasana yang nyaman lagi luas dan selesa  dengan deko yang cantik dan eksklusif.

Pelbagai aneka kuih Melayu dan manisan serta ais kacang yang turut disediakan pasti membuat anda pulang kekenyangan tetapi janganlah sampai sesak perut kelak kerana selepas itu pastinya anda mahu kembali ke rumah atau terus ke masjid untuk menyempurnakan pula solat terawih dengan perut yang lapang.

'BARBEQUE' Ketam, Sotong, Udang dan pelbagai lagi makanan laut...

KUIH tradisional Melayu tidak ketinggalan dihidangkan.
KAMBING PANGGANG  antara tarikan.

ANEKA jenis  manisan sebagai pilihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan