VARIASI PROGRAM RAYA DI RTM
Radio
Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan variasi rancangan khas
yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2,
TVi dan stesen radio RTM sempena
sambutan Aidilfitri kali ini. Pelbagai rancangan terbaik, menarik dan bermutu
dijanjikan sebagai sajian istimewa untuk tontonan umum sempena menyambut
ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menggunakan 'tagline'
Raya Kita, nyata RTM tidak hanya
menekankan rancangan hiburan semata-mata, malah tetap menonjolkan rancangan
yang mempunyai mesej tersirat dan tersurat dengan tidak mengabaikan nilai-nilai
murni dan keagamaan, adat serta budaya masyarakat terutama dalam kemeriahan
sambutan Aidilfitri. Istimewanya rancangan raya tahun ini di mana
rancangan terbitan RTM menjadi keutamaan berbanding tahun-tahun lalu dalam
menyokong kerja kreatif penerbit-penerbit RTM yang tidak kurang hebatnya.
Rancangan raya TV1 dimulakan dengan Siaran Langsung Gema Takbir, hiburan Islam terbitan JAKIM pada malam raya pukul 9.30 malam. Kemudian diikuti dengan Siaran Langsung Solat Sunat Aidilfitri Dari Masjid Negara pada keesokan harinya. Saksikan Bicarawara Khas Raya : Forum Perdana Ehwal Islam pada 8 Ogos pukul 9.00 malam dengan tajuk Syawal Yang Dirai bersama moderator Dr. Ridhwan Tee Abdullah dan penceramah jemputan Ustazah Dr. Sharifah Hayati, Ustaz Zambri Shafik dan Ustaz Kamarudin Omar.
Rancangan raya TV1 dimulakan dengan Siaran Langsung Gema Takbir, hiburan Islam terbitan JAKIM pada malam raya pukul 9.30 malam. Kemudian diikuti dengan Siaran Langsung Solat Sunat Aidilfitri Dari Masjid Negara pada keesokan harinya. Saksikan Bicarawara Khas Raya : Forum Perdana Ehwal Islam pada 8 Ogos pukul 9.00 malam dengan tajuk Syawal Yang Dirai bersama moderator Dr. Ridhwan Tee Abdullah dan penceramah jemputan Ustazah Dr. Sharifah Hayati, Ustaz Zambri Shafik dan Ustaz Kamarudin Omar.
Lapan
program muzikal terbitan RTM
menghiburkan penonton yang menampilkan artis-artis terkenal dan tidak
ketinggalan artis veteran Datuk M.Daud Kilau, Mariani, Mimi Loma, Rosmaria dan
barisan artis baharu seperti Najwa Latiff, Ainan Tasneem, Forteen dan ramai
lagi. Saksikan Konsert Emas Eksklusif
Orkestra RTM - Datuk Yusni Hamid pada
9 Ogos, pukul 9.00 malam yang merupakan penghargaan kepada Datuk Yusni
sepanjang beliau bergelar penyanyi.
Rancangan
Raya Sama-Sama pada 10 Ogos, pukul 9.00 malam pula membawa
konsep 'rumah terbuka' di mana artis baru dan lama digandingkan.yang menariknya
rancangan ini menampilkan penyanyi asal lagu raya klasik lama seperti Rosmaria,
Junainah M.Amin, Gaya Zakry dan ramai lagi.
Dentum Raya bersiaran pada 10 Ogos, jam 2.00 petang menghimpunkan
lima kumpulan muzik yang pernah dinobatkan sebagai juara dan juga finalis dalam
pertandingan Rentak Juara terbitan RTM. Mereka ialah NRG - Naib Juara 'Rentak
Juara' Tahun 2004, Fenomena - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2006, Aisunam - Johan
'Rentak Juara' Tahun 2008, E6 - Johan 'Rentak Juara' Tahun 2010 dan Alternature
- Finalis 'Rentak Juara' 2010. Turut bersama mengiringi persembahan mereka
ialah Ernie Zakri (Juara Bintang RTM), Puteri Caroline (Juara Mentor), Rina
Azhar (Juara Bintang RTM), Tasha Manshahar (Youtube) dan Tom (Juara My Star
LG).
Kelainan
ditonjolkan dalam program Sorak Lebaran
pada 10 Ogos, pukul 6.00 petang. Ia
mengetengahkan atlet negara seperti Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat),
Bryan Nickson Lomas (sukan terjun), Farah Ann (gimnastik) dan Rizal Tissin
(basikal) berhari raya. Menyusul kemudiannya dua rancangan Kanak-Kanak iaitu Senyum Kambing pada 8 dan 9 Ogos, pukul 6.30 petang dan Muzikal Anak Dunia pada 11 Ogos, pukul 6.00 yang memfokuskan
tentang ekspresi kanak-kanak dalam menterjemahkan kasih sayang. Tidak
ketinggalan rancangan khas untuk remaja, Xpresi
Kembara Raya, XKGIG pada 10 Ogos, pukul 12.05 tengah hari dan Fulus pada 8 Ogos, pukul
2.00 petang.
Slot
Panggung Raya dimeriahkan dengan tayangan drama Suatu Malam Di Malam Raya (8 Ogos; 12.35 tengah malam), Alahai Cucu
Atuk (8 Ogos; 10.00 pagi), Ramadan Jangan Ambil Nyawaku (9 Ogos; 10.00
pagi), Siapa Aku Di Hatimu (11
Ogos; 9.00 malam) dan Chombi Kecom
(11 Ogos; 10.00 pagi). Telemovie-telemovie ini sarat dengan nilai kasih
sayang dan nilai-nilai murni dengan membariskan pelakon terkenal seperti Salina
Saibi, Hamdan Senario, Sheila Mambo, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Radzali Buyong,
Farahdhiya, Memey Suhaiza dan Didie Alias.
Pastikan
juga anda berhibur dengan Rancangan
Retro Raya pukul 12.30 tengah malam mengetengahkan rancangan Pancawarna Siti Nurhaliza (1999) pada 9 Ogos, Manis-Manis Lebaran (2005) pada 10 Ogos menampilkan artis Siti
Nurhaliza, Syura, Tomok, Bob AF, HMI
Erra Fazira (1997) pada 11 Ogos
dengan penampilan artis Siti Nurhaliza , Erra Fazira, Elji, Getaran Aidilfitri pada 12 Ogos dan Temasya Aidilfitri (2000) pada 13
Ogos bersama artis Tok Ki, Izat, Izam, Azura, Anis, Norhaniza Idris dan
Zaleha Hamid.
TV2
Hari
Raya 2013, TV2 telah memilih ‘tagline’ Riuh Raya dan pelbagai filem
hebat akan memenuhi ruang istirehat penonton menerusi saluran TV2 antaranya Papadom (7 Ogos; 11.30 malam), Selamat Pagi Cinta (8 Ogos; 2 petang),
Ombak Rindu (8 Ogos; 10.30 malam), Duyung (9 Ogos; 2 petang) dan Madagascar
(9 Ogos; 11.00 malam). Menyusul kemudiannya filem Bunohan (10 Ogos; 10.30 malam), Gangster (11 Ogos; 4.30 petang),
Mantera (11 Ogos; 11.00 malam), Ratu The Movie (12 Ogos; 2.00 petang),
Karipap-Karipap Cinta (13 Ogos; 2.00 petang), Zombi Kampung Pisang (13 Ogos;
10.00 malam), Tentang Bulan (14 Ogos; 2.00 petang) dan Persona Non Grata (15 Ogos; 2.00 petang).
Filem
Inggeris box office di TV2 pukul 10.00 pagi pula membariskan
filem Shark Tale (14 Ogos), Antz
(15 Ogos) dan Up (17 Ogos). Menyusul School Break Special Raya, jam 10.00
malam mengetengahkan filem Lord Of The Rings : The Fellowship of The
Rings (16 Ogos), Lord Of The Rings :
The Two Towers (17 Ogos) dan Lord Of The Rings : The Return of The King
(18 Ogos). Menerusi slot Golden Dragon Khas Raya saksikan filem Neighbours
pada 15 Ogos, pukul 10.00 malam dan satu-satunya filem Bollygood bertajuk Om
Shanti Om disiarkan pada 14
Ogos, pukul 10.00 malam.
Empat
drama menarik turut dijanjikan bermula drama komedi raya, Murai Pak Murad (8-10 Ogos; 7.00 malam), Barakah (9 Ogos; 9.00 malam),
4 Beradik (10 Ogos; 9.00 malam) dan Bapa-Bapa
Aidilfitri (10 Ogos; 2.00 petang) lakonan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Mamat
Sepah, Shakilla Koriri, Jon Raja Lawak, Man Belon dan Nor Azilah mengisahkan
tiga orang bapa terdiri daripada Pak Wira, Pak Ngok dan Pak Pon yang tinggal di
rumah kebajikan. Mereka rasa terpinggir oleh anak masing-masing dan pada tahun
ini berhasrat menyambut Hari Raya bersama anak-anak. Namun satu peristiwa yang
menyayat hati telah berlaku yang berkesudahan dengan seribu erti
kebahagiaan.
Riuh
Raya di TV2 dilengkapkan dengan
program hiburan terbitan RTM menampilkan
artis-artis terkenal dalam Akustika
Syawal (7 Ogos; 9.30 malam), Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza (8 Ogos;
9.00 malam), Konsert Nyanyian Serambi Ramli Sarip (11 Ogos; 9.00 malam),
Candawara Raya : Yang Luar Biasa (9 Ogos; 5.00 petang) dan dua Muzikal
Kanak-Kanak, Juara Raya (8-11 Ogos;
10.00 pagi) dan 1 Bulan 3 Bintang
(8-13 Ogos; 10.30 pagi).
TVi
(Saluran 180 Astro)
Tampil
dengan ‘tagline’ Syawal DiHati, TVi
pula memenuhi citarasa penonton dengan kelainan program radio interaktif
persembahan empat stesen radio RTM
secara langsung dari Angkasapuri menerusi Saluran TVi, eksklusif sempena Hari
Raya Aidilfitri iaitu i Nasional (8 Ogos;
9.15 pagi), KL Aktif (12 Ogos; 9.15 pagi), i Bagus Bah (13 Ogos; 9.15 pagi) dan
Sarawak Aktif (14 Ogos; 9.15 pagi).
14
telemovie khas Syawal turut disiarkan mengisi slot Wayang-i, pukul 12.00 tengah hari iaitu Untung Atas Angin (5 Ogos), Bahulu Celup (6 Ogos), Hijabista Kampung (7
Ogos), Man Jenggo (8 Ogos), Apabila Aidil Jumpa Fitri (9 Ogos), Chef Aidilfitri
(10 Ogos), Syawal Buat Abang (11 Ogos), Rembau Ada Wifi? (12 Ogos), Tukang
Jahit Tak Raya (13 Ogos), JBS 51 Kereta Cikgu Rizwan (14 Ogos), Buluh, Baju
& Baba (15 Ogos), Sejernih Taubat Syawal (16 Ogos), Raya Yang Paling Raya
(17 Ogos) dan Tutty Polka Dot (18
Ogos). Menariknya telemovie-telemovie yang disiarkan sepanjang Syawal ini
dibintangi artis terkenal tanah air selain bermacam plot kisah berbeza dalam
merancakkan sambutan Aidilfitri.
Dalam
slot Skrin-i menyiarkan drama muzikal
bersiri tujuh episod, Akhirnya Siti
Umbrella Balik Kampung mulai 6 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.00
petang.
Saksikan
tiga rancangan hiburan muzikal khas raya mengisi slot Hoorey-i iaitu Cinta,
Cinta, Cinta; komedi raya mulai 8 hingga 10 Ogos, pukul 8.00 malam dan Konsert: Aidilfitri Di Hati Mempesonakan
MELAKAfm-TVi pada 8 Ogos, pukul 9.00
malam; Konsert hiburan khas Hari Raya Aidilfitri kerjasama antara TVi dan
MELAKAfm menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Tasha Manshahar,
Syed Shamim, Alif Satar, Azlina Aziz, Wann dan Rahimah Rahim di Tapak Pasar
Tani UTC, Melaka. Menyusul kemudiannya program kerjasama NASIONALfm dan saluran
TVi, Teluk Belanga Selendang Moden
pada 9 Ogos pukul 9.00 malam
menampilkan pelbagai lagu raya yang dinyanyikan oleh artis-artis baharu dan
juga kehebatan suara DJ-DJ radio NASIONALfm mendendangkan alunan lagu
raya. Antara artis yang terlibat
Alif Satar, Awie Rafael, Ezlynn dan Syed Shamim.
Tidak
melupakan insan yang kurang bernasib baik, TVi turut menyiarkan rancangan
aktiviti amal saluran TVi bersama mereka menerusi dua episod program i@Hati Khas Raya pada 10 dan 11 Ogos di mana mereka
mengunjungi Rumah Harapan Gulau, Sik, Kedah dan Pertubuhan Anak-Anak Yatim
Islam Daerah Jasin, Melaka. Saksikan Muaz dan Aisha BRTM membantu membuat
persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Rumah Harapan Gulau
disertai Sofian Bujang, Eyeja Arshad, Alif Kadim dan Arnizam. Manakala menerusi
episod berikutnya menyaksikan Alif Satar, Tasha Manshahar dan Syed Shamim
bersama ikon-ikon TVi seperti Sonic Hussien, Eyeja Arshad, Alif Khadim dan Seri
Nabila meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan warga pusat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan