CABARAN FUTSAL NEON DASHING KEMBALI
REMY ISHAK (dua dari kiri) dan Henry Golding (dua dari kanan) sebagai selebriti Dashing dapat dua lagi rakan baru pemain bola sepak kebangsaan Afiq Azmi (kiri) dan Bunyamin. |
Pertandingan
futsal neon pertama di Malaysia kembali untuk musim yang kedua bagi mencari
juara neon futsal Malaysia yang baru.
Diperkenalkan kepada para penggemar sukan ini pada tahun 2012, Cabaran
Dashing musim pertama telah berjaya mengrekrut lebih daripada 92 pasukan
seluruh Malaysia dan mencungkil bakat empat pasukan daripada empat bandar utama
dan meraikan Juara Brabus UTD pasukan neon
futsal daripada Pulau Pinang.
Dianjurkan
oleh Dashing For Men, jenama produk penjagaan diri lelaki terulung tempatan yang
diyakini di Malaysia, musim kedua Cabaran Dashing menawarkan hadiah bagi juara
keseluruhan yang bernilai RM10,000 dan peluang untuk melawat secara esklusif
studio pengambaran Astro Sports HD.
“Sebagai
sebuah jenama yang menjadi kunci keyakinan setiap jejaka moden, kami memahami mereka lebih dari batasan
jenama dan pengguna, kami adalah teman setia jejaka kini yang arif mengenai
keperluan gaya dan obsesi jiwa maskulin mereka. Cabaran Dashing adalah ruang untuk mereka meraikan keyakinan
maskulin bersama rakan-rakan dan sentiasa mencabar diri untuk menjadi individu yang
lebih menyerlah. Uji keyakinan dan kehebatan anda untuk menjaringkan gol hanya
diterangi cahaya Neon, adakah anda bersedia menyahut Cabaran Dashing 2?” Puan Christina
Yong, Pengurus Besar Kanan (Pemasaran) Wipro Unza (M) Sdn Bhd berkongsi
mengenai Cabaran Dashing 2.
Cabaran Dashing 2 diraikan dengan gema komposisi muzik
eletronik dan nuansa neon bagi para media merasai pengalaman futsal neon ini.
Turut hadir bersama adalah Duta Dashing
For Men, pelakon & selebriti tempatan Remy Ishak dan selebriti
terkenal Henry Golding.
Kedua-dua selebriti ini tidak asing lagi
dengan personaliti penuh karisma dan obsesi mereka kepada aktiviti lasak. “Secara ringkas, Dashing adalah sebahagian daripada jiwa lasak setiap lelaki. Kami
mahukan ruang dan cabaran yang menyeronokkan untuk berkongsi minat kami bersama
para teman. Cabaran Dashing 2 adalah
gelanggang pertemuannya” jelas Remy Ishak dan Henry Golding.
Bagi musim ke-2 kejohanan, Dashing for Men turut memperkenalkan dua personaliti bola
sepak tempatan yang bakal bersama-sama menerajui dalam
misi mencari juara neon futsal yang baru.
Teraju pasukan bola sepak Selangor Darul
Ehsan, penyerang Afiq Azmi dan personaliti benteng
pertahanan pasukan tersebut Bunyamin
Omar tampil dengan jersi Cabaran
Dashing mereka bernombor 11 dan 12.
“Kami melihat Cabaran Dashing 2 sebagai landasan positif
untuk membentuk personaliti dan minda yang positif serta fizikal yang sihat”. Jelas mereka berdua.
“Sebagai pemain bola sepak,
pengalaman bermain hanya diterangi lampu neon adalah sesuatu yang menarik dan
baru buat kami, ia pasti menyeronokkan dan mencabar. kami ingin anda, peminat
sukan ini untuk merasai pengalaman ini” tambah mereka lagi.
Menurut
Encik Kumar, kehadiran dua bintang bola sepak
ini menunjukkan komitmen Dashing dalam
menjadikan Cabaran Dashing 2 sebuah
acara sukan tahunan yang dinantikan oleh semua penggemar sukan ini. Beliau
berpendapat Afiq Azmi dan Bunyamin Umar adalah wajah generasi
kini, yang berkredibil, bersungguh dan keterampilan
bersahaja mereka dikagumi itu selari dengan
imej jenama Dashing yang bertenaga dan sentiasa segar bagi
generasi moden.
Momentum
Kehangatan Cabaran Dashing 2 terus
menguji ketangkasan ardernalin anda bermula dari sesi pemilihan yang bermula
pada Oktober ini dan, separuh akhir dan pertandingan akhir yang akan berlangsung pada Disember 2013 ini. Sebuah
Klinik futsal juga bakal dianjurkan dan menampilkan personaliti bola sepak
tempatan hebat ini untuk anda menajamkan lagi teknik beraksi digelanggang dan
memupuk minat terhadap sukan ini.
Cabaran Dashing 2 dikuasakan oleh inovasi produk terbaru Dashing For Men. Pembersih muka & mandian badan 2 dalam 1 Dashing For Men Clear Matte &
Hydra Energy adalah untuk setiap jejaka moden kini. Diperkaya dengan
formulasi dwi fungsi Multi Minerals seperti (Zink, Magnesium dan tembaga) di
dalam Dashing For Men Clear Matte merupakan ejen antioksida yang
mampu membersih terus kedalam sel kulit membuatkan setiap sesi mandian adalah sesi detokfikasi menyegarkan dan
menguatkan struktur kulit agar tampil yakin dan
segar. Dashing For Men Hydra Energy
diperkaya dengan formulasi dwi fungsi dengan tindakan pencerahan tiga kali
ganda gen aktif pencerahan kulit (Azelaic Acid, Vitamin B3 dan Vitamin C)
membuatkan tona kulit lebih sekata,cerah dan bermaya. Produk evolusi penampilan
jejaka moden hadir dalam gaya futuristik 250ml (RM10.90) dan 500ml (RM18.90).
Inovasi
produk terbaru Dashing For Men ini
memperlihatkan kepekaan Dashing
memahami kehendak keperluan penampilan golongan moden kini. Gaya hidup sibuk
dan aktif mereka membuatkan mereka memerlukan sebuah produk yang memberikan
manfaat berganda buat kulit wajah dan badan.
“Produk
Pembersih wajah dan mandian 2 dalam 1 Clear Matte & Hydra Energy Dashing
For Men merupakan satu-satunya pelopor produk pembersih 2 dalam 1 yang
berfomulasi khusus untuk kulit muka dan badan. Ada golongan yang membersihkan
wajah menggunakan sabun atau gel
mandian. Ini sebenarnya membahayakan kesihatan kulit anda”, jelas Encik Rishi Pashwa, Pengurus Pemasaran Wipro
Unza (M) Sdn Bhd.
“Lelaki mahukan sesuatu yang
ringkas,tidak merumitkan dan berkesan, produk ini amat sesuai untuk semua
pengguna diluar sana. Jadikan ia sebahagian daripada rejim yakin dan segar
selepas bersukan atau menguji stamina di gymnasium”, tambah beliau lagi.
“Produk
Pembersih muka
& mandian badan 2 dalam 1 Dashing For
Men ini amat
bersesuaian dengan gaya hidup sibuk dan lasak kami sebagai atlet. Daripada sesi
latihan yang padat ke setiap sesi perlawanan, formulasi produk ini memberikan
kami kesegaran dan keyakinan berpanjangan. Tidak perlu membawa dua set produk,
satu sahaja sudah cukup” Jelas Bunyamin dan Afiq.
Adakah
anda Penyerang Neon yang kami cari? Keluar dari zon selesa anda dan mara
bersama Cabaran Dashing 2. Pastikan
pasukan anda berada didalam kelompok hebat ini dengan pembelian produk Dashing For Men dan Elite berjumlah RM 140.00 (setiap
kumpulan). Dapatkan borang penyertaan anda secara online di cabarandashing.com.my serta pasaraya dan pusat
futsal terpilih atau di program jelajah Krew Cabaran Dashing dilokasi pilihan. cabarandashing.com.my
untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran
Dashing 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan