AF2013: ADIK BERADIK IRMISA TERSINGKIR
MELLY GOESLAW bersama IRMISA dan Zizan di persembahan AF2013 minggu lalu. |
Setelah bertahan selama 6 minggu di akademi, akhirnya pasangan duo adik beradik yang berasal dari Sabah,
Irmisa terpaksa akur dengan keputusan undian SMS yang tidak berpihak kepada mereka. Ini bermakna tinggal 7 orang bintang iaitu
Suhada, Faizul, Indah, Amira, Nabila, Aishah dan Azhael masih bersaing untuk meneruskan perjuangan mereka di bawah bimbingan
Dato’ Siti Nurhaliza yang memulakan tugas sebagai Inspirer untuk
minggu yang pertama. Menarik lagi, pada minggu ini bintang AF 2013 telah
diberikan tugasan untuk membuat persembahan secara duet dengan artis
undangan sewaktu konsert. Bagaimanakah bentuk
persembahan mereka dan apakah pula kelainan yang bakal diberikan untuk
minggu ketujuh? Sama-sama kita saksikan pada 27 Oktober ini jam 8.30 malam @ Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan
Putrajaya 24, Persiaran Perdana Presint 3 (berhadapan Istana Kehakiman).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan