JAMAL ABDILLAH KINI BERGELAR 'DATUK'
JAMAL menerima darjah kebesarannya di Pahang... sumber Mstar. |
Raja Pop dengan nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah, 54, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bergelar 'Datuk' pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Khamis lalu.
Menurut sumber yang dipetik daripada Mstar, Jamal memberitahu;
ELAINE KANG |
"Gelaran yang dibawa
merupakan satu tanggungjawab besar pada dirinya untuk masyarakat malah tidak
mengharapkan orang sekeliling memanggilnya dengan gelaran itu.
"Saya
tidak mempunyai masalah pun sama ada orang mahu memanggil saya sebagai 'Datuk'
atau tidak. Gelaran ini sebenarnya satu amanah yang sangat besar di mana ia
bukan sekadar untuk panggilan harian semata-mata.
"Tetapi
lebih kepada tuntutan berbakti kepada masyarakat. Bukannya nak bersikap angkuh
dengan status itu. Saya bukan hanya perlu membangunkan industri seni tanah air
tetapi juga melakukan sesuatu yang boleh memberikan faedah kepada
masyarakat."
Selain Jamal, dua selebriti lain turut menerima anugerah yang sama iaitu
penyanyi Indonesia, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani
serta penyanyi 1990-an, Elaine Kang.
Dalam perkembangan lain Jamal khabarnya bakal mengadakan persembahan di Kelantan
pada Disember depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan