SOO WINCCI PENDAM IMPIAN KE HOLLYWOOD SEBELUM KAHWIN
|
SOO WINCCI bersama ibu bapa dan para peminatnnya yang meraikan hari jadinya di Neway Karaoke 1Utama baru2 ni. |
"Saya menyimpan tiga hasrat sebagai hajat hari jadi saya tahun ini dan antaranya mahu mencipta nama di Hollywood kerana selepas itu sahaja saya akan berkahwin, Jika impian itu tidak kesampaian nampaknya saya belum boleh kahwin," kata Soo Wincci diiringi ketawa panjang.
Penyanyi
yang semakin mencipta nama ini memberiahu demikian sempena ulang tahun
kelahirannya yang ke 28 pada 26 Oktober lalu. Majlis yang dianjurkan turut
menyaksikan Soo melancarkan sekali gus fan clubnya "Winccists" yang
dihadiri kira-kira 50 peminat pelbagai bangsa dan golongan usia.
Sesungguhnya, Soo Wincci seorang yang cukup jujur apabila bercerita dan tidak berselindung apa jua rahsia yang terpendam di hatinya. Teringat bila dia berkata bahawa dia memilih Akim dalam video klip lagunya kerana Akim mengingatkannya pada bekas kekasihnya. Cukup telus jawapannya.
Barangkali sifatnya yang ikhlas inilah membuatkan Soo WIncci mampu bertahan dalam persada muzik tanah air dan juga penerimaan peminatnya di Taiwan. Yang pasti pihak media menyenanginya waima setiap majlis yang dianjurkan Soo Wincci, ramai media yang hadir menyokongnya.
Walaupun terpaksa hadir cuma setengah jam memandangkan beliau harus kembali ke lokasi penggambaran di Putrajaya (khabarnya untuk Masterchef), Soo Wincci sempat beramah mesra seketika bersama peminatnya selepas upacara memotong kek hari jadi berlangsung.
Selain mendoakan kejayaan dalam kerjayanya, Soo Wincci tidak ketinggalan mengharapkan sokongan peminat. Majlis yang berlangsung antaranya mendapat tajaan Cadbury's, Avon dan Neway.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan