KISAH JOHAN ASARI-LANA NORDIN MENGGEMPARKAN ATAU MENGELIRUKAN?
JOHAN ASARI dan LANA NORDIN |
Sebagaimana yang diberitakan oleh Hip (Berita Harian) perkenalan Johan selama tiga hari memutikkan bibit-bibit cinta di hatinya sehinggalah meluahkan perasaan ingin menjadikan Lana suri di hatinya.
Kak Fas antara rakan-rakan media yang terkejut mendengarnya waima ramai yang berfikiran Johan Asari mempunyai hubungan rapat dengan bekas kekasih pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu penyanyi Shila Amzah.
Kemesraan Shila dan Johan nampak begitu jelas apatah lagi kedua-dua keluarga amat rapat di mana ibu Johan sendiri, Datin Firdaus sendiri bagaikan merestui hubungan anaknya itu.
Tetapi kini segala yang diduga nampaknya hanya satu teka teki waima luahan hati Johan menjawab segala persoalan. Kira macam "Tipah Tertipulah" huhuuuu.....
Memetik berita yang disiarkan:
Pelakon popular, Johan As'ari tampil membuat pengakuan
menjalin hubungan dengan pelakon sensasi Lana Nordin yang ingin dijadikan
permaisuri hidupnya.
Johan, 27, berkata, dia mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, ketika menjayakan sebuah
program 18 Oktober lalu.
"Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu
bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya
merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
"Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari
berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
"Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia punya
kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin
tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami
akan terus bersemi selepas kahwin," katanya kepada Hip.
Dalam pada itu, Johan turut memberitahu dia sudah bersedia untuk
bergelar sebagai seorang suami.
"Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu
bertunang sempena tarikh pertemuan. Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih
sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa
tergesa-gesa."
Sementara itu, Lana yang sentiasa dihimpit kontroversi berkata, pintu
hatinya terbuka apabila melihat keberanian dan keikhlasan yang ditunjukkan
Johan.
"Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak
apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya
ingin mencari pendamping, yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila
dipertemukan dengan Johan.
"Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus
dengan keluarga andai benar-benar serius. Dia bukan main-main. Sebagai wanita,
lebih manis kalau Johan saja yang berbincara soal tunang dan berkahwin."
Ini jawapannya:
"Kalau nak dikatakan karma..., saya pernah muat naik ayat
di instagram saya dulu, "Karma takes
too long, I'd rather just beat the crap out of you now."
"Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil
tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu
fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).
"Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam
kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama
akan keluar juga. Tapi kita bole. terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin
hari dia (Shila)",
"Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak
cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini
usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain".
Dalam pada itu Sharnaaz turut memberitahu hubungannya dan
Johan tidak mempunyai sebarang masalah.
"Saya dengan Johan okay. Saya tak berdendam dengan
sesiapa. Saya ada twit dia memberi kata-kata sokongan filem lakonannya, Balada Pencinta hendak ditayangkan
beberapa bulan lalu", katanya
Komen Sharnaaz sudah pun diketahui apa pula pendapat Shila Amzah. Melalui Instagramnya yang turut memuatkan gambar ibu Johan, dapat dibaca luahan hati penyanyi yang kini berada di Shanghai, China ini. Berikut instagramnya... terpulanglah pada anda untuk mentafsirkannya.
Jelas Shila seperti laporan:
“Please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you”.
Shila sering menjadikan instagram dalam mencurah isi hatinya malah khabarnya sejak 21 November lagi Shila sudah membayangkan kekecewaan apabila memuat turun kata-kata seperti:
"Dunia ni memang tipu daya.
Tapi lebih best (bagus) kalau tiada yang menipu... Penipu itu nature (sifat
semula jadi) mereka. Jangan tertipu pada luaran. #notabuatdiri:)
“Pilih. Jaga hati dan fikiran. Pilih yang terbaik. Jangan biar diri
kecundang dek perasaan. Biar terus mara kedepan ikut kewarasan. Terkadang, yang
kita fikir baik untuk kita. Cuma baik di luarannya saja. Ternyata apa yang
dirancang oleh Tuhan itu penuh misterinya”
Malah ibu Johan pun tidak ketinggalan memberikan pandangan seolah tidak merestui pilihan John apabila memuat natik sekeping gambar berserta ayat:
“A sad face under the shades - Allah menduga
setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya”
Apa kesudahan kisah cinta ini bagaikan boleh dijadikan sebuah movie atau drama dan pasti boleh meletup macam "Ombak RIndu".. Yang pasti jodoh pertemuan serta qada dan qadar adalah ketentuan Allah jua, tiada sesiapa pun yang mampu menghalang takdir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan