MELANCONG KE BUMI ANDALUSIA BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA
Sempena meraikan musim
cuti persekolahan tahunan, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
melancarkan pakej percutian selama 12 hari 11 malam ke Sepanyol dan Morocco
bermula dari 26 Disember ini hingga 6 Januari 2014.
Majlis yang
berlangsung di Restoran Rebung, Bangsar hari ini turut dihadiri peminat Dr, Sheikh Muszaphar yang telah menempah tiket bernilai RM12,700 (dewasa)
agar tidak melepaskan peluang berlibur bersama angkasawan pujaan mereka.
DR. Sheikh merasmikan pakej bersama En, Yusaini dari Al Kawsar. |
“Memandangkan masa
tidak mengizinkan saya untuk bercuti waima untuk bersama keluarga sekali
pun, ini sahaja peluang yang
terluang untuk mendekati famili dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan selama
ini,” ujar Dato Dr, Sheikh Muszaphar Shukor pada majlis perasmian pakej ke bumi Andalusia di Restoran Rebung baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Urusan Al Kawsar, Encik Yusaini Mohd Hassan.
Percutian kali ini
merupakan yang ketiga sejak
pertama kali melancong dengan peminat bermula tahun lepas ke Phuket & Krabi
dengan Superstar Libra Cruise dan
juga Kembara Tanah Suci Baitulmaqdis Mei tahun ini. Kali ini para peminat akan dibawa ke bumi Andalusia, Spain
& Morocco anjura bersama Al Kawsar Travel & Tour. Melalui pakej ini
peminat akan dibawa melawat ke beberapa tempat pelancongan yang menarik sekitar
Cordoba, Granada, Madrid, Marrakesh, Rabat dan Casablanca dan banyak lagi.
“Saya percaya
tempat-tempat ini mempunyai sejarah Keislamannya yang tersendiri dan boleh
menjadi contoh pemeliharaan warisan yang boleh kita ‘pinjamkan’ untuk
pemuliharaan sejarah kita sendiri,” harapan Dr. Sheikh.
Beliau percaya sambil
melancong, peserta boleh menimba ilmu sejarah setiap tempat yang dilawati malah
mengenali budaya masyarakat setempatnya.
“Kita harus memupuk
sifat cintakan sejarah apatah lagi sejarah sudah menjadi subjek wajib lulus
dalam SPM bermula tahun ini,” tambah beliau sambil berharap peserta dapat
melihat sejarah daripada perspektif pelancongan yang menarik dan bukan
menjadikan sejarah satu subjek yang sukar dan bosan untuk dipelajari.
“Tidak sukar
mempelajari sejarah jika caranya dilakukan dengan lebih menarik,” jelasnya.
Memandangkan tempat
adalah terhad, untuk keterangan lanjut boleh lah menghubungi Al Kawsar Travel & Tours Sdn Bhd di talian
+603-55109448 +016-3334010 (Encik Yusaini) atau hubungi MsWany Idris (PE
Angkasawan Communications) di talian
+017-3052663 atau emel ke wanyidris.angkasawan@gmail.com
sekiranya ada pertanyaan lanjut. Hanya tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi berdasarkan siapa cepat dia dapat. Apa lagi jom bercuti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan