Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PANDORA LANCAR KOLEKSI KRISMAS

DATO dan Datin Meer Habib melancarkan ulang tahun ke 3 Pandora bersama selebriti undangan.

Sempena menyambut ulang tahun ke 3 sejak jenama aksesori terkemuka, Pandora berada di pasaran tempatan sekali gus menyambut perayaan Krismas tidak lama lagi, Pandora sekali lagi mengeluarkan koleksi khas bagi menutup tahun 2013 dengan koleksi dinamakan 'Sparkling Christmas'.


Pelancarannya diadakan dalam suasana perayaan Krismas di sebuah hotel terkemuka dengan penampilan "Santa Claus" membawa peti hadiah waima pertunjukan koleksi terbaru Pandora digayakan selebriti terkenal seperti Tasha Shilla, Sazzy Falak, Lynn dan Nadia Heng yang juga bertindak sebagai pengacara majlis.
 
Dato Meer Sadik Habib sebagai Pengerusi Pandora Malaysia mewakili isterinya, Pengarah Urusan Pandora, Datin Zarida Noordin dalam ucapan aluannya melahirkan rasa syukur atas penerimaan ramai khususnya ahli-ahli Pandorian yang memberikan sokongan sehingga jenama yang diperkenalkan di pasaran tempatan mendapat sambutan hangat.

"Sejak tiga tahun, kami sudah mempunyai 16 outlet Pandora seluruh negara dan bercadang untuk memperluaskan pasaran dengan pembukaan beberapa lagi butik," ujar Dato Meer.

Butik Pandora terdapat di  Bangsar Village II, Alamanda Putrajaya, Kuala Lumpur International Airport, Empire Shopping Gallery, Subang, 1 Mont’ Kiara, Mid Valley Megamall, Tropicana City Mall, Gurney Plaza, Penang, Setia City Mall, Shah Alam, Paradigm Mall, Kelana Jaya and boutique kiosks at Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, Tangs 1 Utama manakala  kaunter Pandora turut berada di  Ampang Point Habib, Di Sarawak dan Sabah, butik Pandora terletak di  Spring Shopping Center, Sarawak and Suria Sabah.
Koleksi Krismas memperlihatkan 'charm' dalam pelbagai bentuk yang melambangkan perayaan tersebut seperti 'santa claus', 'loceng', 'reindeer' dan sebagainya sesuai dijadikan hadiah istemewa untuk si dia, anak-anak mahu pun kaum ibu dan wanita bergaya.
Lebih daripada 50 bentuk charm yang melambangkan kegemerlapan Krismas pada musim sejuk boleh diperoleh dalam harga cukup berpatutan dan mampu milik. Lihat antara contoh yang boleh dipilih... pendekata tepuk dada tanya selera atau pun jika anda tahu selera pasangan anda boleh lah memberikannya kejutan hadiah Krismas Pandora paling istemewa kerana setiap bentuk mencerminkan peribadi pemakainya sekali gus sifat orang yang memberi kerana tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

SELAMAT MENYAMBUT KRISMAS
dan SELAMAT TAHUN BARU 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan