Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SEKALI LAGI BAKAT SABAH JUARAI AKADEMI FANTASIA

FAIZUL dari Sabah menjuarai AF2013.
FAIZUL mahu serahkan semua wang menang pada ibu/bapa.
Mereka kembali ke pentas AF2013 melalui AFMasuk malah sorakan peminat yang memenuhi Stadium Negara malam semalam amat bergema, tanda sokongan kepada pasangan duo Azhael yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi.

Lebih daripada itu pentas  di mana mereka membuat persembahan kedua direka khas lengkap dengan huruf AZHAEL menjadi latar hias pentas. Namun segalanya tidak membawa rezeki yang diharapkan. 
Azhael terpaksa akur dan tewas kepada calon yang tidak kurang mendapat sokongan ramai, Faizul apabila anak muda dari Sabah ini mendahului dengan 23.85 peratus undian di atas Azhael yang berjaya memungut undian sebanyak 21.48.

Dengan kemenangan itu pemilik nama sebenar, Mohd Faizul Sany, 28,  yang menyanyikan lagu "Hanyut| nyanyian asal inspirer kedua, Faizal Tahir  dan lagu baharu, "Sepasang Sayap"  membawa pulang RM100,000 
kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.

Azhael yang  bergelar Naib Juara  membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.


Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).

Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir AF 2013 ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila).
PERSEMBAHAN dari AZHAEL.
Agak mengejutkan juga apabila calon 'favourite' pengkritik Roslan Aziz iaitu Aishah dari Singapura berada ditempat paling bawah di tangga ke enam walau pun persembahannya agak istimewa dengan kemunculan pelakon kacak, Adi Putra yang memberikan ciuman tangan kepadanya. Ketika ini. stadium turut gamat dengan sorakan penonton. Orang Singapura sokong orang Singapura lah katakan... apa pun nampak gayanya Aishah tidak mendapat undian penonton. Barangkali orang-orang Singapura tidak semurah hati dengan orang-orang Sabah yang pastinya banyak menyokong Faizul. Bertuah Aishah yang dikira calon tinggi dan cantik.

KEMUNCULAN Adi Putra  mencium tangan Aishah menggamatkan stadium...
Tidak seperti Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein yang walau pun vokalnya  mantap dan mendapat pujian pengkritik terdiri daripada Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan Roslan Aziz namun gagal mendapat undian terbanyak sekadar 14.73 peratus sahaja. 

Pun begitu, beliau berjaya melonjakkan kedudukannya dari senarai paling bawah ke tempat keempat. Manakala calon yang sering mendapat komen negatif, Nabila memperoleh 11.23 mengalahkan Aishah di tempat terakhir dengan undian 9,71 sahaja. Nabila membawa pulang RM5,000 dan trofi waima Nur Aishah Aziz pulang hampa dengan tangan kosong.
 

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Hefny Sahad.


AF2013 diperkenalkan dengan konsep baharu  menampilkan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza.

Malam kemuncak turut menyaksikan pengilham ketiga, Datuk Siti Nurhaliza mengakhiri majlis dengan persembahan sebuah lagu dan menutup sesi pembelajaran AF2013 sebaik penyampaian hadiah selesai.



(DARI KIRI) KUMPULAN DUO AZHAEL, FAIZUL dan AMIRA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan