Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AIG MALAYSIA TAWAR PERLINDUNGAN INSURANS PERCUTIAN

As Salam Tahun 2014..
Barangkali belum terlambat untuk Kak Fas mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Kak Fas ingin memohon maaf kerana sudah lebih sebulan tidak 'update' blog ini memandangkan sepanjang bulan Disember dan awal Januari baru-baru ini Kak Fas begitu sebuk dengan urusan keluarga.

Kini rasanya Kak Fas sudah kembali untuk merancakkan lagi blog ini dengan pelbagai cerita semasa untuk tatapan pembaca sekelian dan sebagai permulaan majlis pertama yang Kak Fas hadir setelah 'berehat'  seketika merupakan pelancaran majlis  AIG Malaysia Insurance Berhad di Aquaria KLCC, baru-baru ini.


AIG Malaysia Insurance Berhad mengumumkan keputusan kajian 'Travel Trend' yang julung kali diadakan, menunjukkan bahawa kos purata perlindungan insurans perjalanan adalah 3% daripada kos perbelanjaan percutian. Kajian yang dijalan sepanjang dua minggu itu melibatkan 600 pelanggan insurans perjalanan AIG.

Uniknya majlis tersebut dilakukan pada dasar air bertempat di Aquaria KLCC (gambar atas) dan kerana itu jugalah kenapa Kak Fas mengambil peluang ke majlis memandangkan Kak Fas belum pernah menjejakkan kaki ke Aquaria walau pun tinggal di Kuala Lumpur. Begitulah kata orang, dekat tetapi jauh. Pun begitu masih belum terlambat kan?

Apa pun majlis yang berlangsung santai dan unik tersebut menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif AIG Malaysia, Anthony Lee memberitahu: "Di AIG, kami percaya setiap pengalaman perjalanan harus menjadi kenangan manis untuk seumur hidup. Sebagai pakar dalam insurans perjalanan, kami ingin menjamin  kenangan ini dilindungi dengan khidmat pelanggan dan bantuan yang tiada tandingan. Keputusan kajian perjalanan kami membuktikan kedudukan kami sebagai pembekal insurans yang dipercayai, memberi pelanggan kami keyakinan untuk menikmati pengalaman perjalanan yang menakjubkan."

Menurut beliau, kajian yang dijalankan menunjukkan  kebanyakan orang mengambil purata tiga percutian setiap tahun dengan jumlah perbelanjaan perjalanan melebihi RM6,000 setiap tahun. Tambahan pula,  65% daripada pelanggan yang membeli insurans perjalanan menyatakan bahawa tujuan pembelian mereka adalah untuk menikmati perlindungan serta ketenangan jiwa.

AIG adalah pembekal insurans perjalanan yang utama di rantau ini dengan perlindungan perjalanan bertaraf dunia yang mudah didapati, meliputi manfaat perubatan sehingga RM1 juta dalam perbelanjaan perubatan; bantuan perjalanan, bantuan pemindahan kecemasan 24 jam seluruh dunia dan juga ancaman pengganas, perampas kapal terbang dan bencana alam.

Sebelum percutian para pelanggan boleh membeli insurans perjalanan secara dalam talian, terus menerus atau pun melalui agensi pelancongan. Perlindungan yang ditawarkan termasuk segala harta benda kerana pelan insurans juga melindungi kehilangan, kerosakan dan kelambatan bagasi atau barang peribadi sepanjang perjalanan.

Sebagai sebahagian daripada usaha AIG untuk memberi khdmat dan bantuan pelanggan yang terbaik, Travel Guard Asia Pacific Pte Ltd, pusat khidmat bantuan antarabangsa AIG, menawarkan sokongan pelanggan segera, termasuk khidmat nasihat perubatan daripada doktor dan jururawat yang bertugas sepanjang 24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu. Travel Guard Asia Pacific yang berpusat di Kuala Lumpur memastikan perkhidmatan dan manfaat pelan insurans memenuhi piawaian insurans perlindungan AIG yang paling tinggi.

Maklumat lanjut hubungi 1800-88-8811 atau emel ke AIGMYCare@aig.com atau layari www.aigdirect.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan