Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

L'OCCITANE SAMBUT ULANG TAHUN KE 40

PENGURUS Besar Asia Tenggara, L"Occitane, Nancy Ferriman memotong kek ulang tahun  ke 10 baru-baru ini.

GOLONGAN  selebriti dan para tamu yang hadir antaranya, Marsha, Daphne Iking, Atilia dan lain-lain.
Sempena sambutan ulang tahun ke 10 jenama dari Perancis, L'Occitane, satu majlis sederhana dan meriah dilangsungkan di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti Marsha, Atilia, Daphne Iking, Dynas Mokhtar dan ramai lagi diacarakan oleh Jonathan Putra.

Majlis bermula dengan persembahan  oleh pemenang "So You Think You Can Dance' musim kedua, Cecilia Yong dengan menampilkan tarian mengilhamkan kehidupan, cinta dan kebenaran yang tersembungi di kota Paris.

Diasaskan  pada 1976, L'Occitane yang kini bertapak di lebih 80 negara dengan 1,899 butik di seluruh dunia, di mana di Malaysia, L'Occitane telah berkembang dengan pesat dalam tempoh singkat iaitu dari sebuah butik kecil di Suria KLCC menjadi 18 butik  meliputi seluruh negeri. Malah daripada 10 kakitangan ia kini sudah mencapai tenaga kerja mencapai 150 pekerja yang dedikasi.

"Kami bangga dengan usaha yang kami lakukan di Malaysia, Kami percaya produk premium tanpa kompromi dan kehalusan kulit menjadi initiatif pencetus utama setiap kali rangkaian baru diperkenalkan," cerita Nancy dalam ucapan ringkasnya,
ANTARA produk L'Occitane yang dipamerkan.


Menurut beliau, L'Occitane mahu agar produknya dikenali melalui kepuasan dan seri terpancar pada wajah wanita yang menggunakannya. Dalam kata lain, L'Occitane mahu membuktikan  bahawa kecantikan terhasil bukan hanya kerana tempelan produk kosmetik pada luaran sahaja.

Daripada koleksi paling digemari iaitu produk aroma terapinya yang menenangkan, shea butter serta aroma mewah La Collection  de Grasse, jelas membuktikan jenama ini berada gah dikelasnya tersendiri. Ia tidak hanya fokus kepada pengeluaran produk organik tetapi mempunyai kesedaran tinggi bila mana para pengkaji  memilih untuk tidak melakukan uian produk ke atas haiwan selain menggunakan label dari huruf Braille, khusus untuk individu hilang penglihatan.

Majlis yang bertemajan Perancis itu menyaksikan pemotongan kek ulang tahun diiringi alunan muzik jazz. 


PERSEMBAHAN tarian menceritakan kisah di sebalik jenama L'Occitane.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan