Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SKOOL OF LAWAK.. ADA KELAS?

OTHMAN HAFSHAM merasmikan pelancaran program "Skool of Lawak" baru-baru ini.


"Komedi ada kelas" begitulah tagline yang menjadi teras pembelajaran 33 para pelajar sulong program realiti lawak pertama terbitan Astro, "Skool of Lawak".
33 pelajar Skool of Lawak. Sumber foto Mstar.

"Kami ingin melahirkan para pelawak yang mempunyai kualiti yang tinggi agar mereka dipandang sebagai artis yang bukan hanya dibawa ke pentas untuk menghiburkan penonton sewaktu iklan tetapi mendapat pengiktirafan sewajarnya. Hanya Astro yang mengangkat golongan ini agar tidak terpinggir dan dianggap tiada kelas,"

Begitu mesej dan nada bunyi yang disuarakan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Encik Rostam Said ketika memperkenalkan program "Skool of Lawak" yang bakal bersiaran pada 14 Februari ini di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (saluran 134) pada setiap Jumaat  jam 10 malam.

Pendapatnya diakui Pengetua Skool of Lawak yang dilantik iaitu Penerbit dan Pengarah filem "Mekanik", Othman Hafsham dengan bantuan tiga tenaga pengajarnya, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Khir Rahman.

Mereka yang  merasa bangga dapat menjadi tenaga pengajar untuk melatih dan melahirkan pelawak-pelawak berkualiti akan menggunakan kepakaran masing-masing bagi  membentuk 29 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan merebut juara Skool of Lawak yang akan berlangsung selama 10 minggu.



Tambah Rostam, selain  melahirkan pelapis yang mampu membuatkan penonton terhibur ia  juga mengajar pelajar untuk menulis dan merangka struktur sesebuah komedi dengan lebih teratur.

"Kami juga berbangga untuk mengumumkan kehadiran gandingan dua pelawak terhebat dan popular di Malaysia, Johan dan Jep (Sepahtu)  serta dibantu oleh Syuk yang lahir daripada program Raja Lawak untuk mengemudi Skool of Lawak," tambah Rostam.

"Skool of Lawak", menerapkan elemen pembelajaran ala di sekolah dengan objektif menjadi sebuah institusi yang bakal melahirkan artis komedi yang serba lengkap serta  mencetuskan fenomena seperti yang dilakukan oleh program-program Astro Warna yang terdahulu.

Disoal apakah lawak berbaur lucah itu akan dianggap sebagai tidak ada kelas dan tidak akan dicetuskan oleh para pelajar?

"Elemen lucah atau pun slapstick tidak harus dilihat secara negatif ia bukan bermakna 
menggunakannya akan dianggap lawak tiada kelas tetapi penggunaannya haruslah dibina atas pemikiran yang ada mesejnya seperti antara 'halal' dan 'haram', Sabri Yunus memberikan pendapatnya yang tersirat lagi tersurat.

"Skool of Lawak" bermula dengan Bengkel Komedi Warna di mana para peserta didedahkan dengan sketsa komedi, penulisan sketsa komedi asas dan struktur sketsa komedi di samping tips dan petua untuk melakukan sketsa komedi.

Kemudian, sesi uji bakat telah diadakan di lima buah lokasi di seluruh Mlalaysia bagi mencungkil bakat-bakat baru. Pemilihan dilakukan sebelum membawa mereka ke Kuala Lumpur dan dikumpulkan di Bootcamp sehinggalah saringan akhir dilakukan untuk memilih para peserta finalis iaitu seramai 33 kesemuanya.

Mereka terdiri daripada  Abdul Hafiz Ahmad, 20,  (Johor); Ahmad Falah Ahmad, 29,   (Terengganu); Alfian Mansyur, 31, (Selangor); Azrulnizam Abdul Sahak, 30, (Selangor); Ikmal Fariq Mohd Idzham, 23, (Perak); Ismail Abdullah, 36, (Johor); Jumarul Mohammad Dewi, 23, (Sabah); Jusri Johan, 29, (Melaka); Khairi Hashim, 35, (Selangor); Ku Mohd Khairilnizam Ku, 24,(Terengganu); Mohd Fadzil Akbar, 27, (Pulau Pinang); Mohamad Amin Isa, 31, (Kedah); Mohd Hazwan Mohd, 27, (Kuala Lumpur); Muhammad Rizam Zaafar 26, (Selangor); Nor Azmi Ibrahim, 39, (Johor); Nur Syafiqah Roslan, 24, (Melaka); Nurul Ain Othman, 27, (Negeri Sembilan); Ramlee Aripin, 35, (Selangor); Razali Md Ali, 40 (Selangor); Razzuan Rosle, 30, (Kedah); Rizal Hadi Zainudin, 34, (Selangor); Siti Nor Faridah Samsudin, 32, (Johor); Muhammad Shafiq, 26, (Selangor); Syed Khaidhir Syed Abdullah, 35, (Johor);Tajul Arifin Sulaiman, 33, (Negeri Sembilan); Wan Muhd Huzzaini Abdullah, 26, (Kedah); Yuslan Jamil, 36 (Selangor); Mohd Ysrishah Tapah, 25, (Selangor) dan Mohd Zaheruddien Mohd Sulong, 30, dari Terengganu.

Kak Fas: Nampak berat badan Fauziah Nawi banyak turun. Katanya, beliau turun lebih 10kg dalam masa tiga bulan. Caranya bukan sahaja 'diet' tetapi mengamalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Juga makan apabila lapar sahaja dan kurangkan makan malam tetapi utamakan sarapan pagi. Segalanya kata Fauziah gara-gara lututnya sakit dan setelah berjaya menurunkan berat badan barulah sakit lututnya berkurangan.

 
YANG Hadir pada majlis pelancaran (dari kiri) Johan Fauziah Nawi, Rostam, Othman Hafsham dan  Sabri Yunus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan