Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERCUTI BERSAMA PAK NIL DENGAN SUPERSTAR LIBRA


Mungkin anda sedang tercari-cari ke mana arah tuju bagi percutian keluarga akan datang? Sekiranya keseronokan anak-anak menjadi keutamaan barangkali percutian di lautan bersama artis paling popular,  Dato Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil sesuatu kelainan yang menyeronokkan.

Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dengan kerjasama Santai Travel akan bersama Pak Nil selama 4 hari 3 malam ke Penang-Langkawi-Phuket-Penang bermula 6 hingga 9 April 2014 ini.

Merupakan percutian kali kedua selepas kejayaan mengadakan pakej percutian Muslim  Star Cruises  pada tahun lalu memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk meneruskan pelan percutian bersama peminatnya sekali lagi tahun ini.

Pun begitu, Pak Nil memberitahu para peminat yang ingin mengikutinya perlulah menepati dua syaratnya iaitu mereka harus 'sporting' dan tidak boleh duduk di dalam bilik sahaja.

"Jika tahun lalu kita adakan acara pakaian pyjama, sesi bertukar-tukar hadiah, makan malam bersama dan berborak santai. Kali ini saya akan berikan kejutan di mana selain makan malam, akan ada sesi fotografi yang sangat luar biasa, pertandingan dan permainan," ujar Aznil pada media di sidang media pelancaran pakej pelayaran Star Cruise berkenaan.

"Biarlah kejutan istimewa itu menjadi rahsia ketika ini sehingga tiba waktunya kelak," ujar Pak Nil senyum.


Selain itu, mereka yang mengikuti pakej ini akan mendapat kad akses eksklusif dan pelbagai cenderamata istimewa.

Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours & Travel, Encik Cooper Huang memberitahu,"percutian di atas kapal merupakan satu percutian yang ideal dan mudah."

"Sebaik mendaftar masuk, penumpang tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian biasa malah makanan dihidangkan empat kali sehari dan tiada caj tambahan diperlukan," tambah Huang.

Sehubungan itu Pak Nil menyambung dengan berkata, "Anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal Superstar Libra dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apatah lagi baru-baru ini kapal ini telah dinaik taraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang."

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yang turut berpengkalan di Kuala Lumpur.  Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan ia merupakan resort eksklusif yag terapung di laut lepas.

SuperStar Libra menyediakan hiburan serta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertaraf Asia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaitu Executive Suite, Junior Suite, Deluxe Oceanview  Stateroom, Oceanview Stateroom bertingkap, Oceanview Stateroom dengan 'porthole' serta Inside Stateroom.

Di kala orang dewas menikmati hiburan kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah.

Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah kru kapal manakala jemputan istimewa penyanyi  dan penari dari luar negara seperti Shelly Dartez dan Westley Stevens di adakan di Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80s) menampilkan persembahan ala 80-an.

Malah, jika penumpang gemarkan suasana santai diiringi alunan suara 'liveband' bolehlah melayan halwa telinga  di Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Pada ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa serta lounge, salun rambut dan kecantikan, perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusat penjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun dan lima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10 hingga RM15 sahaja.

Untuk menempah dan info lanjut bolehlah menghubungi 03-21429266 atau email ke muslim@mysharmony.com.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan