HONDA MALAYSIA PERKENAL CITY SERBA BARU
(Dari kiri) YOICHIRO Ueno, Kazunori Watanabe bersama Khamil Jamil dan Roslan Abdullah pada pelancaran Honda City baru-baru ini, |
Adakah anda sedang mencari-cari kenderaan baru apatah lagi menjelang Hari Raya kira-kira empat bula lagi?
Sekiranya itu adalah perancangan anda barangkali tidak terlewat untuk menempah jenama Honda yang terbaru dalam pasaran automobil kini dengan wujudnya Honda City generasi ke empat yang baharu sahaja dilancarkan di Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Projek Besar All New City, Encik Kazumori Watanabe, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno bersama beberapa tetamu kehormat yang terlibat dalam industri automatif antaranya seperti Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Dato Sri Haji Khamil Jamil serta Presiden Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, En. Roslan Abdullah (gambar atas).
Honda Malaysia menetapkan penanda aras lebih tinggi dalam segmen sedan mampu miliknya menerusi pelancaran City serba baharu berkenaan. City dalam golongan Segmen B generasi ke empat ini dilengkapi pelbagai ciri dan keselamatan yang mendahului kelasnya.
Dengan produk terbaharunya ini Honda telah menerima 1,800 tempahan awal dan maklum balas positif sepanjang acara pra pelancarannya bulan lalu bahkan mensasarkan untuk menjual 2,500 unit City serba baharu sebulan.
Mula diperkenalkan ke pasaran dunia pada tahun 1996, City telah memberi kegembiraan kepada lebih 2.2 juta pelanggan di 55 buah negara. Sejak pelancarannya, City telah menjadi penanda aras untuk sedan-sedan lain dengan menawarkan keselesaan dan ruang kabin yang luas, di samping teknologi-teknologi termaju yang sentiasa menjangkau ekspektasi pelanggan.
Merupakan sedan terlaris sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2001 dengan lebih 145,000 unit berada di atas jalan raya, kejayaan model ini juga menjadikan Honda sebagai salah satu jenama terkemuka di Malaysia.
Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Yoichiro Ueno (gambar atas, kanan) memberitahu, City serba baharu ialah model pertama yang dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun ini dengan menawarkan sofistikasi melalui pakej keseluruhannya, memenuhi keperluan para pelanggan.
"City serba baharu menggabungkan penampilan premium, pemanduan yang mengujakan, keselesaan dan ruang kabin yang luas bersama barisan ciri keselamatan yang mendahului kelasnya," ujar Yoichiro Ueno.
Dalam komitmennya menawarkan model-model mampu milik dan bernilai kepada para pelanggannya, Honda Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan empat varian City serba baharu sekali gus meliputi City S, City S+, City E dan City V.
"Rangkaian varian yang luas memberikan peluang kepada para pelanggan untuk memiliki sebuah sedan global yang memiliki ciri-ciri mendahului kelasnya, berdasarkan kepada kemahuan mereka," tambah Ueno.
City serba baharu dibina berasaskan kepada konsep Exciting H Design!!! di mana 'H' bermaksud tumpuan terhadap manusia (Human Center) yang memberi fokus ke atas pemandu dan penumpang. Bahagian hadapan sedan ini menampilkan wajah 'Exciting H Design' yang berbentuk 'solid wing face'. Sementara bahagian belakangnya nampak lebar bersama imejnya yang premium dan gabungan lampu belakang serta tempat meletak plat yang sepadan.
Dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik (kuasa maksimum 120PS @ 6,600 rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600 rpm), City dipadankan dengan transmisi 'Continuous Variable Transmission' (CVT) terkini yang dibangunkan di bawah 'Earth Dreams Technology' Honda demi menawarkan kombinasi prestasi dan penjimatan bahan api yang sempurna. Sebagai tambahan, mode ECON menjadi ciri standard pada semua varian City serba baharu buat pertama kalinya. Ini bagi meningkatkan lagi penjimatan bahan api kenderaan dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja.
Falsafah 'Manusia Maksimum, Mesin Minimum' (Man Maximum, Machine Minimum) telah digunakan sebagai asas utama dalam pembangunan kereta ini. Memberi penekanan terhadap keselesaan premium, City serba baharu menawarkan ruang kabin yang cukup luas terutama di bahagian belakangnya. Ini bagi memberikan keselesaan yang tiada tandingan kepada pemandu dan semua penumpang. City serba baharu juga menawarkan ruang but paling besar dalam kelasnya iaitu 536L. Ia boleh menempatkan barang-barang yang besar seperti tiga beg baju besar atau empat beg baju sederhana, beg-beg golf dan kereta sorong bayi.
Ini, sekali gus menjadikannya sangat mudah bagi sekeluarga beriadah atau bersiar-siar. Bahkan, bagi menambah kemudahan dan praktikalitinya, City serba baharu dilengkapi pelbagai ciri termaju. Antaranya termasuklah sistem Kemasukan Pintar (Smart Entry) (E dan V varian), butang penghidup enjin (E dan V varian], Kawalan Jelajah (Cruise Control) (V varian), Paparan Audio bersaiz 7" dengan fungsi MirrorLink (V varian), 8 unit pembesar suara (paling banyak dalam segmennya) (V varian], Meter Kombinasi Multi Maklumat, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang (E dan V varian), dua jack USB (V varian), 3 soket kuasa (E dan V varian), lapan tempat meletak botol minuman dan kom partmen-kompartmen penyimpanan barang yang pintar. Kawalan Telefon Bebas Tangan (S+, E dan V varian) dan Kawalan Pengecaman Suara (V varian) pada stereng disambungkan dengan sistem infotainmen kenderaan untuk memberi kemudahan di hujung jari pemandu
City serba baharu juga menawarkan ciri-ciri keselamatan terbaik yang memberi keutamaan kepada pemandu dan penumpangnya. Ia memiliki 6 beg udara (V varian) yang mendahului kelasnya (termasuklah Dua Beg Udara Hadapan SRS, Beg Udara i-Side dan Beg Udara Curtain Sisi), Vehicle Stability Assist (VSA) (E dan V varian), Hill Start Assist (E dan V varian), Emergency Stop Signal (E dan Varian) dan ISOFIX.
Kenderaan baharu ini boleh didapati dalam 5 warna: Modern Steel Metallic, perak (Alabaster Silver Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl) dan satu warna baru yang menarik iaitu biru (Brilliant Sporty Blue Metallic).
Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had serta selang servis sehingga 10,000km demi memudahkan para pelanggan menjadikan City sebagai kenderaan pilihan mereka.
City serba baharu turut didatangkan dalam 2 pakej aksesori yang terdiri daripada Aksesori Tulen Honda (RM1,700) dan Pakej Modulo Honda (RM3,200) untuk para pelanggan yang mahu mengubahsuai kenderaan mereka.
Honda Malaysia percaya bahawa City serba baharu ialah sedan asas (entry level) ideal yang ada di pasaran Malaysia dan harganya pasti akan menarik minat ramai. Semua varian dipasangkan di kilang milik Honda Malaysia di Melaka.
Honda Malaysia turut mengumumkan bahawa varian CKD hibrid akan ditambah pada masa akan datang.
"Kami merancang untuk melancarkan City Serba baharu hibrid untuk mengembangkan pilihan CKD hibrid kami," jelas Ueno kepada media.
Harga di atas jalan termasuk insurans ialah RM75,800; Gred S+ RM78,800; Gred E RM83,800 dan Gred V sebanyak RM90,800 manakala aksesori tambahan pakej Modulo bernilai RM3,200 dan pakej premium RM1,700.
Maklumat lanjut mengenai City serba baharu atau ingin menempah sesi pandu uji, sila kunjungi mana-mana 74 pengedar Honda di seluruh negara atau hubungi nombor tol percuma Honda di talian 1-800-88-2020 mahu pun layari laman web www.honda.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan