Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KFC LANCAR EDISI CRISTIANO RONALDO

 KELVIN  Hong (dua, kiri) bersama Ling Mee Jiuan dan dua kakitangan mempelihatkan hidangan KFC baru..
Sempena meraikan musim bola sepak tidak lama lagi, KFC Malaysia memperkenalkan  KFC Variety Bucket dan Hot Box sempena nama bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Majlis pelancaran kedua-dua hidangan terbaru KFC itu dilangsungkan di hadapan media  di KFC Pavilion oleh Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia baru-baru ini. Turut hadir Encik Kelvin Hong, Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia.

“Demam bola sememangnya sesuatu pengalaman hebat yang membolehkan KFC serta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyambut musim ini dengan penuh kegembiraan,” ujar Ling Mee Jiuan,

Dengan slogan, 'Satu Citarasa, Satu Semangat', Ling Mee berpendapat tiada cara yang lebih baik untuk menonton  pasukan kegemaran masing-masing bertarung sambil menikmati hidangan KFC Ronalda Variety Bucket dan Ronalda Hot Box bersama rakan taulan mahu pun seisi keluarga.

Melalui pembelian Ronaldo Variety Bucket  bernilai RM39.90 ia  mengandungi hidangan lima ketul ayam, empat ketul ayam tanpa tulang, lapan ketul kentang 'hash rounds', gegelang bawang, dua perisa sos dan percuma dua kentang goreng bersaiz besar.

Manakala, bagi pilihan Ronalda Hot Box pula yang bermula pada harga RM8.95 anda boleh menikmati seketul ayam, satu minuman berkarbonet, empat keping kentang 'hash rounds' dan pilihan burger kegemaran.
 
RONALDO Variety Bucket & Ronaldo Hot Box (kiri).


Bagi menceriakan lagi promosi ini, KFC juga mengeluarkan barangan cenderahati edisi terhad Cristiano Ronaldo tiga minggu sekali, bermula dengan pemacu USB 8GB Cristiano Ronaldo pada harga istimewa iaitu RM19.90 (dengan sebarang pembelian hidangan KFC). Pelanggan boleh mengumpul kesemua 6 rekaan sementara stok masih ada. Selain daripada itu, barangan Cristiano Ronaldo yang lain seperti beg kantung serbaguna, bekas minuman kedap udara, fon telinga juga boleh dibeli bersama-sama produk KFC.
ANASTASIA dari Rentak Sejuta antara media bertuah.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, strategi pengiklanan dan promosi bagi hidangan KFC Variety Bucket dan Hot Box Cristiano Ronaldo merangkumi pengiklanan di TV dan radio, media online, dan titik bahan jualan (POSM). KFC Ronaldo Variety Bucket, KFC Ronaldo Hot Box serta barangan premium Cristiano Ronaldo boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara ini bermula 24 Mac 2014 kecuali di KLIA, LCCT dan Lapangan Terbang Pulau Pinang, (harga berbeza mengikut lokasi).

Pada akhir majlis, pihak media turut berpeluang memenangi baju t Cristiano Ronalda buatan Nike dengan menjawab soalan serta cabutan bertuah.  

1 ulasan: