ORAL-B LANCAR KEMPEN 'RETHINK YOUR MOUTH'
JENNY Chew bersama Lisa Surihani dan Dr. Faiz Khaleed pada majlis pelancaran kempen Oral-B baru-baru ini. |
Semua orang memberus gigi, samada dua kali sehari mahu pun tiga atau empat kali sehari. Ia bergantung kepada rutin setiap individu itu tetapi yang pasti setiap pagi atau malam, memberus gigi adalah sesuatu yang harus dilakukan agar gigi tidak rosak dan sentiasa terpelihara.
Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' yang membawa maksud dalam membesarkan anak-anak perlu diasuh dan dididik sejak dari kecil lagi dan ini tidak terkecuali dalam mengajar anak agar menjaga gigi mereka memandangkan mulut yang sihat berkait rapat dengan tubuh yang sihat.
Atas kesedaran itulah, pakar penjagaan mulut, Oral-B mengambil langkah pro aktif dengan melancarkan kempen yang dinamakan "Rethink Your Mouth' bagi meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan mulut sempurna dengan memberus gigi, memflos dan membilas dengan betul agar dapat meningkatkan kualiti hidup serta senyuman yang menarik dan meyakinkan.
Memiliki keyakinan terhadap kebersihan mulut adalah penting agar dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik untuk kualiti kehidupan yang lebih sempurna.
Majlis pelancaran
kempen telah disempurnakan oleh Pengarah Jualan P&G Malaysia, Cik Jenny
Chew dengan sokongan Guardian-GCH Retail Malaysia bersama aktres
popular dan duta Oral-B, Lisa , di, serta pakar bedah pergigian yang juga
angkasawan negara Dr. Faiz Khaleed baru-baru ini.
Kehadiran kedua-dua personaliti ternama ini tidak lain adalah untuk
membincangkan penjagaan rapi mulut dan bagaimana memberus, memflos dan membilas
setiap hari adalah cara terbaik menghilangkan plak.
Sehubungan itu kempen
“Rethink Your Mouth” Oral-B melancarkan aplikasi Facebook untuk orang ramai menyaksikan Lisa Surihani di laman Facebook mereka di mana mereka hanya perlu ‘Like’ dan
kongsi aplikasi Facebook ini untuk menyebarkan mesej betapa pentingnya
kesihatan mulut yang memerlukan perlindungan terbaik – melalui kaedah Berus,
Flos dan Bilas!
“Ekoran
tahap penjagaan mulut yang rendah dikalangan masyarakat Malaysia secara
umumnya, yakni kurangnya amalan penjagaan mulut yang sempurna, separuh daripada
populasi negara mengalami masalah kesihatan mulut dan ini mempengaruhi mereka
secara emosi apabila hampir 80% daripada mereka mengaku kurang yakin untuk
melibatkan diri dengan orang lain ekoran kesihatan mulut mereka," ujar Jenny Chew pada ucapan awalnya.
Sementara itu, dalam
perbincangan yang dianjurkan, Dr. Faiz Khaleed menegaskan betapa pentingnya
penjagaan mulut yang sempurna.
“Adalah penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan memberus, memflos
dan membilas kerana plak adalah punca utama masalah mulut seperti bau busuk,
pereputan gigi dan penyakit gusi. Menggunakan berus gigi yang betul serta
kaedah yang betul, memflos dan membilas adalah cara termudah untuk memastikan
plak dapat ditanggalkan setiap hari," tambah Dr. Faiz yang berharap orang ramai tidak mengabaikan rutin menjaga kebersihan gigi dan mulut.
Lisa Surihan turut mengakui langkah
pertama untuk mendapatkan kesihatan mulut sempurna ialah mengatasi masalah
menanggalkan plak. Dan tidak seperti berus gigi lain, berus Oral-B Pro-Health
Clinical Pro-Flex mempunyai sisi yang fleksibel untuk membersihkan kawasan
plak sering terkumpul. Inovasi ini menanggalkan sehingga 93% plak di kawasan
yang sukar dicapai.
Oral-B merupakan jenama No. 1 yang disyorkan doktor gigi seluruh dunia dan mempunyai
portfolio produk penjagaan gigi yang sempurna*. Dengan DNA yang kukuh, Oral-B
di Malaysia berada dalam posisi untuk memberi pengetahuan sempurna penjagaan
mulut untuk mendapatkan senyuman yang meyakinkan.”
Oral-B
Glide Pro-Health Floss memiliki
teknologi unik untuk pembersihan sempurna. Ia memberi perasaan yang dingin dan
bersih setiap kali anda memflos. Ia juga kuat dan tahan carikan dengan lapisan
lilin semulajadi untuk cengkaman yang baik.
Oral-B
Pro-Health Tooh & Gum care Mouth Rinse mempunyai
tindakan 2-dalam-1 untuk melawan kaviti dan menyegarkan bau mulut. Ia adalah
bebas alkohol dan sesuai untuk semua golongan terutamanya yang memiliki gigi
dan gusi yang sensitif. Oral-B Pro-Health Rinse mengandungi flourida untuk
melawan kaviti dengan lebih efektif berbanding dengan hanya memberus. Ia juga
mengandungi Cetyl-pyridinium Chloride, bahan yang terbukti secara klinikal
untuk mengurangkan pembentukan plak.
Harga untuk produk Oral-B antara RM14.70 hingga RM19,90.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan