Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

12 FINALIS TERUSKAN CABARAN REBUT IKON SIARAWAN

12 FINALIS yang berjaya ke peringkat akhir Ikon Siarawan.

Dengan moto "Ikon Siarawan Sahut Cabaran", seramai 12 finalis terpilih untuk meneruskan cabaran dalam merebut gelaran juara di samping jaminan kerjaya di RTM  melalui pertandingan 'Ikon Siarawan' yang akan mula  ke udara pada 3 Mei 2014 ini pukul 9 malam di saluran TV2.

Mereka di antara yang bertuah daripada 2,045 peserta yang mendaftar pada sesi temuduga di mana selama 3 bulan 12 finalis berkenaan akan menjelani pembelajaran di bawah kendalian barisan tutor yang diundang khas.

Latihan merangkumi etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyaripaian berita, pengacaraan serta latihan melaporkan berita dari  lokasi secara langsung.

“Selain itu, mereka  akan mempelajari cara penggunaan peralatan penerbitan dan cara penyesuaian diri dengan persekitaran studio di samping menjalani latihan vokal, pembacaan skrip serta penghayatan dan pemahaman, sebelum didedahkan dengan dunia glamor,” kata

Ketua Timbalan Pengarah, Seksyen Produksi TV RTM, Ibrahim Ismail pada majlis sidang media di Restoran Rebung, baru-baru ini.

Menurut beliau, peserta berpeluang menemui tokoh terkemuka negara, selain ditugaskan bersama enam agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Finalis perlu membuat laporan sebenar daripada acara yang berlangsung seperti perlumbaan udara ekstrim di Putrajaya pada Mei ini, di samping tugasan tidak dirancang dengan kerjasama bilik berita TV. 


Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan sebenar. Apa yang pasti, tugasan menanti cukup mencabar dengan meletakkan mereka pada dunia realiti sebenar.

Pemilihan Ikon Siarawan tidak akan menggunakan medium undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya peserta dinilai berdasarkan penjurian profesional sepenuhnya pada setiap minggu dengan ada penyingkiran.

Sesuai dengan konsep rancangan gabungan realiti tv dan pertandingan, hadiah berbentuk wang tunai yang ditawarkan bernilai RM205,000 menjadi pemangkin kepada finalis untuk bergelar Ikon Siarawan.

Juara bakal membawa pulang RM100,000, Naib Juara RM50,000, Ketiga RM30,000 dan sagu hati sebanyak RM5,000 menanti pemenang ke 4 hingga 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan