Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DISKAUN SEHINGGA 70% DI PESTA BERLIAN HABIB 2014

MEER disamping Illaria Lanxoni dan  model-model di Pesta Berlian Habib 2014 di Bangsar Village II baru2 ini.

Benar kata pepatah Inggeris, "Diamonds are a Girls Bestfriend" sehingga penyanyi tersohor, Marilyn Monroe menyanyikan lagu tersebut. Sape yang tidak suka apabila dihadiahan berlian  ya tak?  Jika anda memang sering membeli berlian apa kata melawat ke Pesta Berlian Habib 2014 yang kin sedang berlangsung di Bangsar Village sehingga 30 April ini.

Kempen yang bertemakan 'Shoor for the Stars' dipilih bagi menyampaikan ekspresi untuk mengejar impian dan  mencuba yang terbaik sejajar dengan konteks Pesta Berlian Hzbib 2014, untuk mendaptkan yang terbaik- iaitu barang kemas berlian Habib.

Pelancaran yang menyaksikan pertunjukan fesyen barang kemas Habib yang diilhamkan daripada bintang dan galaksi termasuklah barangan kemas berlian dari Hearts On Fire seperti koleksi Illa dan Copley, turut dihadiri oleh Pengarah Rekabentuk barang kemas House On Fire berkenaan, Illaria Lanzomi serta isteri Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd,  Dato Meer Habib iaitu  Datin Zarida Noordin yang juga Pengarah Pandora Malaysia.

Meer bersama Illaria (kanan) dan isteri tercinta, Zarida.
"Setiap tahun kami sentiasa berusaha untuk membawakan kelainan pada Pesta Berlian Habib dan kali ini, kami bertuah kerana Illaria dapat turut serta kerana beliau adalah bintang yang sudah mencipta nama bersama Hearts On Fire serta bertanggungjawab dalam menghasilkan koleksi yang penuh inspirasi," ujar Dato Meer Habib  mengalukan kehadiran Illaria pada majlis pelancaran Pesta Berlian Habib 2014 di Bangsar Village baru-baru ini.

"Hearrs On Fire - The World's Most Perfectly Cut Diamond' yang cukup terkenal dengan potongan berlian paling sempurna di dunia, merupakan jenama barang kemas yang diedarkan eksklusif di HABIB.

Menurut Dato Meer lagi, acara tahunan pesta berlian ini telah menjadi acara yang paling dinanti-nantikan para pelanggan Habib  dan peminat berlian sejak 15 tahun yang lalu di mana Habib menawarkan koleksi terbesar dan rekaan terkini.

Katanya, koleksi yang dipamerkan melalui pertunjukan kali ini bernilai lebih daripada  RM50,000 sehingga RM5 juta.

"Kami mahu pelanggan kami menggapai bintang di HABIB kerana berlian adalah bintang untuk setiap bulan April," tambah beliau, selepas melancarkan kempen  dengan penuh gaya apabila Dato Meer sendiri memanah bintang menggunakan busur dan anak panah sekali gus tirai di belakang pentas jatuh mempamerkan papan tanda Pesta Berlian Habib 2014 dan majlis  dirasmikan.



Dengan pengalaman dan sejarah pembabitan selama lebih dari 56 tahun, Habib telah membina reputasi yang dipercayai dalam industri barang kemas dengan rekaan dan hasil pertukangan bertaraf dunia. Kempen Pesta Berlian ini adalah bukti kepada reputasi baik tersebut di mana setiap tahun lebih ramai pelanggan yang tertarik dan hadir untuk membeli berlian berkualiti pada harga berpatutan.



Pesta Berlian Habib 2014 yang berlangsung  dari 1 April lalu hingga 30 April ini menawarkan  pelbagai aktiviti promosi termasuk diskaun sehingga 70% bagi barang kemas berlian dan permata.  Di samping itu para pelanggan juga boleh mengunjungi pameran dan jualan HABIB di ruang legar utama Bangsar Village II dari 3- 13 April 2014 dan juga bilik pameran HABIB di Alamanda sempena jualan relokasi mulai sekarang hingga 22 April ini untuk mendapatkan tawaran hebat bagi pembelian barang kemas emas, berlian dan permata.


Jangan lepaskan peluang yang  mempersonakan ini di Pesta Berlian HABIB 2014  di semua 32 bilik pameran HABIB di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut hubungi Jabatan Komunikasi Pemasaran Habib di talian 03-42527777.

Ratu Cantik Malaysia/Dunia, Deborah Henry (gambar atas) yang mengacarakan majlis turut memperagakan barang kemas Habib pada media dan tetamu yang hadir. Para peragawati tidak ketinggalan nampak berseri dalam pakaian  dari butik Dress Tale.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan