Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JELAJAHI KEHIDUPAN DENGAN NISSAN X-GEAR BAHARU




Barangkali anda penggemar setia kereta berjenama Nissan? Malah jika anda mahu menukar kenderaan dan mimilih untuk tidak lari daripada jenama kegemaran, mungkin kereta pengeluaran terbaharu Nissan X-Gear  yang dinanti-nantikan.


Edaran Tan Chong Motor (ETCM,  Nissan X-GEAR baharu diperkenalkan dengan penampilan diperbaharui dan lebih sporty bagi kenderaan  lima tempat duduk,


Sebagai sebuah kenderaan ‘crossover’, Nissan X-GEAR baharu  yang versatile hadir dengan ruang kabin yang luas, premium dan pelbagai susunan konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi apa jua kehendak serta gaya hidup para pelanggan.


Jelajahi Kehidupan! – menjadi tema utama dan tagline pada pelancaran Nissan X-GEAR baharu. Ia merupakan refleksi terhadap individualiti seseorang dan kebebasan untuk meluahkan serta meneroka kehidupan sepenuhnya.

“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka. Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal. Ia adalah interpretasi mengenai bagaimana kita boleh menikmati kehidupan sepenuhnya. Terima kasih kepada penampilannya yang sporty dan lasak, ruang kabin luas yang versatil serta menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng dalam ucapannya pada majlis pelancaran kereta tersebut  baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Eksekutif ETCM, Dato David Chen. (gambar atas, kiri).


Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bampar hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru. 


Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya.



Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu, memiliki kapasiti mengangkut sebuah basikal gunung atau kanu kecil!. Ia turut dilengkapi tali pinggang keledar yang mematuhi piawaian terkini ujian pelanggaran UNECE. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.


Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL  dan didatangkan dalam tiga warna baharu iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, di samping dua warna sedia ada; putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver).


Ia  ditawarkan pada harga RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki sebuah Nissan X-GEAR baharu.

Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Nissan X-GEAR baharu di laman web www.xgear.com.my serta model-model Nissan yang lain di www.nissan.com.my atau kunjungi bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan