Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG MENJADI STOKIS DNA GLOBAL SDN BHD

MOHD NAZAR (dua dari kanan), Mohd Najahan (dua kiri), artis Poey (tengah) dan Norhayati (kiri) pada sidang media baru-baru ini,




DNA Global Sdn Bhd baru sahaja hampir tiga tahun ditubuhan dengan memasarkan beberapa produk kesihatan dan kecantikan di mana hasil jualan utamanya terletak kepada produk minuman sarang burung iaitu DNA Walit Ginseng dan DNA  Walit Stevia. 

Apabila diperkenalkan kepada syarikat DNA ini,  Kak Fas terfikir agak unik nama ini. Setahu Kak Fas kalau DNA adalah singkatan untuk ‘Deoxynbonucleic  Acid ‘ yang  merupakan molekul dalam sel asid  nukleik utama  yang terkandung di dalam kromosom  Ia merupakan bahan menghasilkan gen yang membawa maklumat perwarisan.


Jadi ditanya sebab musabab tiga huruf besar yang diciptakan untuk syarikat ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Encik Mohd Nazar Samat memberitahu, “sebenarnya memang ia ada sediikit kaitan dengan teori sains itu namun  ia terpulang kepada si penerima, ia juga kami lihat sebagai membawa erti  ‘Dunia & Akhirat atau pun ‘Darah & Airmata’…apa pun yang tersirat di sebalik setiap persepsi masyarkat  objektik kami adalah untuk menghasilkan produk agar dapat memberikan kesihatan sempurna kepada tubuh badan manusia.”


“Selain menghasilkan satu produk untuk generasi kita, harapan saya untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya mencapai  gelaran jutawan  sebaik sahaja memasarkan produk syarikat kami khususnya  minuman Walit Ginseng dan Walit Stevia ini,” ujar Mohd Nazar pada pihak media kala memperkenalkan kedua produk utama syarikat berkenaan di  Kuala Lumpur baru-baru ini yang diusahakan oleh Anita Yusof daripada Anita Entertainment Productions.


Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengarah Pemasaran dan Pengeluarannya, Encik Najahan Abdul Rahman,  Puan  Norhayati Yahya  sebagai stokis dan vokalis kumpulan Sting, Poey, yang diundang sebagai tetamu selebriti khas.



Bercakap lebih lanjut mengenai produk,  Mohd Nazar memberitahu, Walit Ginseng dan Walit Stevia merupakan produk kesihatan yang harus diminum berkembar  bagi membantu pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi seperti menghindari masalah jantung, kencing Manis dan mampu mengatasi penyakit Anemia, Rematik, Hati dan sebagainya yang sering menjadi musuh pertama tubuh badan manusia.

“Istimewanya produk ini ia dihasilkan oleh sarang burung berkualiti dari gua Sabah termasuk sarang burung Amerika di mana kajian selama enam bulan yang dilakukan, produk ini berupaya  memberikan kesan positif terhadap masalah kesihatan,” tambah Mohd Nazar.

Bersandarkan kepada tagline ‘Murah, Mudah & Mewah’,  Mohd Nazar berkata, pengeluaran kedua-dua produk DNA berkenaan dibuat agar pengguna mampu milik kerana harganya sekadar RM140 satu set malah ia memudahkan untuk dimakan serta kemewahan yang diberikan adalah keuntungan berlipat ganda kepada para stokis dan ejen jualan.


Untuk menjadi stokis,  khalayak hanya perlu menjadi ahli dengan nilai bayaran RM3,000 di mana mereka akan diberikan 30 set produk manakala sebagai stokis mobile/daerah  dikehendaki membayar RM38,000.


“Kami memberikan wang jaminan kembali  sekiranya mereka tidak dapat menjualnya dalam masa enam bulan dengan syarat barang yang dipulangkan berada dalam keadaan baik.

Sehingga kini, DNA Global Sdn Bhd mempunyai 30 orang stokis  dan 1,000 stokis daerah.


Dalam perancangan untuk meningkatkan pemasaran, sejajar dengan namanya DNA Global,  Mohd Najahan sedang dalam langkah untuk memperkenalkan produk ke benua Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura walau pun secara individunya produk ini telah pun dijual di kota Singa.


Beliau turut memberitahu, bagi meningkatkan pengetahuan mengenai produk-produk keluaran DNA dan menjadi ahli yang sukses sehingga mampu memperoleh pendapatan jutaan ringgit, pihaknya  menganjurkan tiga peringkat kursus iaitu Kursus Pemasaran (basic) selama 8 jam dengan harga RM100.


Kedua,  merupakan Kursus Pentadbiran Sukses atau ‘Success Management Course’ selama  3Hari 2Malam dengan bayaran RM400 manakala yang terakhir ialah Kursus Kepimpinan  untuk sehari berharga RM150.


DNA Walit Ginseng dan Walit Stevia.
“Saya yakin setiap stokis yang baru sekali pun mampu menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM2,000 sebulan malah ada ahli yang dapat RM15,000 dalam masa tiga bulan berniaga,” jelas Mohd Nazar yang mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai jutawan di mana salah seorang ahli mereka yang berusia 28 tahun telah membuktikan mampu meraih jualan sehingga RM1.6 juta.


Mohd Nazar juga memberitahu akan menubuhkan DNA Akademi sebagai  platform melahirkan usahawan muda yang  berpotensi tinggi dalam bisnes networking.


DNA Walit Ginseng (left) dan DNA Walit Stevia serta yang berbentuk paket untuk pasaran luar negara.


1 ulasan: