PERADUAN MENTOS ROLL'S "CINTAI MALAYSIA' UMUM 8 PEMENANG
PARA pemenang bergambar kenangan bersama penaja dan pihak penganjur, di sebuah restoran Italy baru2 ini. |
Seramai 8 pemenang bertuah berjaya merebut hadiah percutian bernilai RM130,000 melalui peraduan "Cintai Malaysia' yang merupakan inisiatif MENTOS bagi mempromosikan Malaysia. Peraduan berkenaan telah berlangsung dari 15 Oktober 2013 sehingga 15 Januari 2014 lalu dengan kerjasama Kementrian Pelancongan Malaysia sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Penyampaian hadiah telah berlangsung di sebuah restoran Italliannes baru-baru ini di mana pemenang utama berjaya memenangi percutian ke Sipadan, Kipalai iaitu Chee Hin Kiat. Hadiah berkenaan membolehkan beliau bercuti ke Sipadan untuk empat orang dengan segala penginapan di tanggung bernilai RM10,000 selama empat hari tiga malam.
Tempat pertama pula dimenangi oleh Chan Wei Chun dan Norizahwati Razali dengan masing-masing memenangi percutian ke Taarans Redang.
Ismaruzaini dan Lawrence pula berkongsi tempat kedua yang membolehkan mereka bercuti ke Pulau Langkawi sementara pemenang tempat ketiga Rosli Che Pah, Abd Gani Mastom dan Mohammad Nizam Md Omar akan menikmati percuitan ke Pulau Tioman.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Encik Muhammad Zaki (gambar bawah, kiri), Pembantu Pengarah Kanan, Tourism Malaysia dan Encik Eugene Yeo (gambar atas) sebagai Pengarah Urusan Socma Trading (M) Sdn Bhd.yang merupakan pengedar terkemuka MENTOS.
Selain itu, hadiah menarik berupa telefon pintar dan 54 baucer KFC bernilai RM10 telah diberikan kepada pemenang harian.
"Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Mentos dalam menganjurkan peraduan MENTOS Roll "Cintai Malaysia" ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014," kata Dato Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia dalam kenyataan ucapannya.
Menurutnya penyertaan yang diterima amat memberangsangkan dan membuktikan bahawa rakyat di negara ini amat teruja dengan keindahan pulau-pulau dan khazanah alam yang terdapat di Malaysia.
Gula-gula MENTOS merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penghasilan gula-gula kerana keistimewaan konsep 'chewy' - rangup dan menyegarkan pada tekstur luarannya tetapi kenyal di dalam.
MENTOS telah membina nama dan menjadi pilihan di seluruh dunia sejak tahun 1950 dan dijual dengan harga serendah RM1.20. Ia mudah didapati di setiap pasar raya, kedai runcit, kedai serbaneka dan farmasi-farmasi di seluruh negara.
Sementara itu, penggemar MENTOS sudah boleh 'segar selalu' dengan lancarnya MENTOS Cool Chews baharu, gula-gula kunyah perisa pudina, sesuai untuk anda yang selalu dalam keadaan bersedia. Boleh didapati dalam dua perisa yang menyegarkan, pudina segar dan pudina limau, ia dijual dengan harga RM3.20 setin (38kg)..
Konsep 'segar selalu' telah mencapai kejayaan besar kerana berupaya menarik pelanggan serta membina identiti yang unik dengan mereka. Idea 'segar selalu' telah tertanam dalam minda penggemar gula-gula MENTOS di seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan