Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TIGA INDIVIDU PENERIMA ANUGERAH 'HIRUSCAR BEAUTIFUL'

BATHMAVATHI (kerusi roda, tengah) bersama Dr. Ahmad (berdiri, kiri), Jenny (bawah, kiri) dan wakil Keisha, Tan Yi Liang pada majlis pelancaran Hiruscar Beautiful di Publika, baru-baru ini.

Tiga orang individu paling istemewa berjaya menawan  hati Medinova AG. Switzerland sebagai penerima wang tunai RM8,000 sempena kempen  ‘Hiruscar Beautiful’  yang diumumkan pada majlis sidang akhbar baru-baru ini.


Mereka terdiri daripada Dr. Ahmad Anas Abdul Majid, Jenny Pong Seow Chin dan Keisha Somasundram Petrus. Selain wang tunai berkenaan mereka turut berpeluang menjadi inspirasi  kepada orang lain menerusi sokongan yang diberikan melalui kempen ‘Hiruscar Beautiful ini.

Kempen 'Hiruscar Beautiful' telah dilancarkan bertujuan dengan pencarian  'kisah di sebalik parut' yang dijalankan dengan menjemput lebih daripada 400 orang doktor, ahli farmasi dan editor. Ini diikuti dengan autobiografi fotografi tentang kehidupan para calon.

"Kami amat gembira kerana dapat bertemu dengan tiga individu yang menawan itu," kata Pamela Tan, Pengarah Pemasaran OTC Serantau, Medinova AG (gambar atas, kanan). Turut hadir Dr. Marc Franck (gambar atas, tiga dari kanan) selaku Naib Presiden, Unit Perniagaan Healthcare, DKSH Malaysia serta Desryn Heng (kanan), Pengurus Kanan Produk Hiruscar, DKSH Malaysia.

Menurut Pamela, dalam pencarian para calon, pihaknya begitu tersentuh dengan kisah peribadi masing-masing.

"Ini telah mengukuhkan lagi kepercayaan kami bahawa kisah-kisah yang penuh inspirasi ini patut dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia," tambah  beliau.

Hiruscar merupakan gel berteknologi baru dengan rumusan unik  dari Swtirzerland yang direka khusus bagi penjagaan pantas dan mudah untuk masalah parut. Ia membantu mengurangkan  kesan parut dan tanda gelap akibat pembedahan, kesan terbakar serta luka.

Pun begitu, kempen 'Hiruscar Beautiful' ini bukan bertujuan untuk menutupi masa silam tetapi sebaliknya untuk membuat perjalanan hidup mereka lebih indah dengan memberi inspirasi kepada individu untuk berdikari dalam kehidupan mereka," tambah Pamela.

Majlis penyampaian hadiah turut mengundang tetamu kehormat Senator Bathmavathi Krishnan,  seorang peguam yang kurang upaya dalam Dewan Negara. Beliau hadir dalam kerusi rodanya untuk merasmikan kempen 'Hiruscar Beautiful' di Publika baru-baru ini.

BATHMAVATHI merasmikan pelancaran Kempen  Hiruscar Beautiful.


"Saya bangga dengan inisiatif program CSR Hiruscar ini. Pengalaman menjadikan kita lebih kuat dan parut membuat  kita menjadi siapa diri kita hari ini," ujar Bathmavathi dalam ucapannya.

Tambahnya, 'Hiruscar Beautiful' adalah penghargaan  kepada mereka yang menghadapi cabaran dalam hidup kerana perjalanan hidup mereka hanya menjadi lebih indah apabila mereka mula  menerima segala hakikat kehidupan yang perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan cabaran. 

Sempena kempen tersebut, orang ramai boleh menyaksikan pameran  fotografi yang memperlihatkan kehidupan harian ketiga-tiga penerima anugerah berkenaan di Publika, Blue Concourse yang telah bermula dari 11 April  dan selanjutnya di aras G1,
pada  April 12 hingga 20 dan berakhir  di aras G3  mulai  21 April hingga 24 April ini.

Gambar-gambar mereka juga boleh disaksikan melalui online di  www.facebook,com/Hiruscar.Gel.Malaysia.

Mengenai Dr. Ahmad:

Graduan kedoktoran dari Universiti Antarabangsa Islam Malaysia ini mengalami 45% kebarakaran pada tubuhnya ketika berusia 14 tahun akibat kemalangan melibatkan bas dan lori ketika menunaikan umrah di Mekah. Akibat itu selama empat tahun beliau terpaksa dirawat malah pernah koma selama beberapa hari. Kepercayaannya bahawa setiap takdir yang menimpa ada cahaya menanti di hadapan menjadi semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Khabarnya, Dr. Ahmad akan mendermakan kembali wang tunai RM8,000 yang diterima untuk didermakan kepada pertubuhan yang memerlukan.

Mengenai Jenny Pong:

Kedua kaki Jenny terpaksa dipotong dan tidak berupaya duduk selama 25 tahun. Walau pun parut dan luka menjadi sebahagian daripada tubuh badannyam dia terus memberikan inspirasi kepada khalayak melalui ceramah berhubung kait dengan cerita 'parut'nya. Sebagai Timbalan Presiden pertubuhan orang cacat,  'The Hope Era', Jenny sentiasa memberikan inspirasi dan berkongsi pengalamannya mengenai ketabahan yang perlu dilalui apabila berada dalam keadaan yang mencabar.

Mengenai Keisha Petrus:

Pelajar jurusan Saikologi dari Kolej Universiti SEGI ini mengalami penyakit yang diisytiharkan sebagai 'Neurofibomatosis Type 2 atau NF2. Ia sejenis penyakit genetik yang menyebabkan ketumbuhan bukan kanser di dalam sistem urat saraf. Rawatan memerlukan pembedahan, sesi pembedahan radio dan kimoterapy sehingga mengakibatkan beliau terpaksa berada di kerusi roda, hilang pendengaran dan kulit berparut. Namun dia tetap memberi fokus terhadap tenaganya dan sering membantu mereka yang menghadapi penyakit yang sama sepertinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan