Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AYAM BRAND TERUS LAKSANA KEMPEN MASYARAKAT PENYAYANG 2014




Untuk tahun ke tujuh, Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia sejak lebih 120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin,  terus melaksanakan Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2014 tahun ini dengan sumbangan produk  ke 48  buah badan kebajikan  di 10 wilayah seluruh Malaysia.


“Ia akan membekalkan 2,200 orang anak-anak yatim, golongan kurang upaya dan warga emas dengan produk makanan bertin yang mudah disediakan, sihat dan berkhasiat, selama dua bulan,” ujar Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato Mu’tamir bin Tunku Tan Sri  Mohamed (gambar atas, tengah)  pada majlis sumbangan Ayam Brand di Balai  Seni Visual  Kuala Lumpur baru-baru ini.



Menurut beliau, Ayam Brand berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan menikmati makanan pelbagai dan berharap dengan menggalakkan sajian ikan kepafa kanak-kanak, mereka akan menapat manfaat kesihatan dari pemakanan yang kaya dengan Omega 3.


“Kami ingin memperkembangkan kreativiti mereka melalui Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand sebagai cara untuk merealisasi potensi diri dan menyemai bakat dalam  menzahirkan fikiran dan emosi menerusi seni,” tambah beliau.


Sehubungan itu, lebih daripada 30 rumah kebajikan di seluruh Negara telah mengemukaka hasil  seni rekaan sendiri termasuk lukisan, kraf tradisional, tenunan, kerja kayu, sulaman, gubahan manic dan banyak lagi. Produk-produk yang telah dihasilkan dipamerkan dalam sebuah pameran mini di ruang  lobi Balai Seni Visual Negara.

Majlis sumbangan yang berlangsung turut mengundang seorang artis ,pereka dan composer Fathullah Luqman Yusoff pada acara  pemasangan ‘Pop Art’ gergasi tin Ayam Brand di mana kanak-kanak yang hadir dikehendaki menyusun  dan menyiapkannya setiap seorang.


Di samping itu mereka  turut berpeluang mendapat pengalaman seni interaktif dengan origami.

“Cabaran seni kreatif anjuran Ayam Brand adalah ikhtiar terbaik untuk  membentu  anak-anak kurang bernasib baik melonjakkan diri mereka untuk menjadi lebih kreatif kerana ia membolehkan kerja mereka dipamerkan di galeri Negara. Pendedahan awal ini boleh menyalakan semangat mereka dalam kesenian dan menetapkan laluan kerjaya merke dalam bidang seni,” jelas Fathullah pada ucapan aluannya.


Kempen Masyarakat Penyayang ‘Diet Sihat Untuk Kreativiti’ 2014 ini adalah sebahagian daripada program  Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008  dan sehingga kini telah memanfaatkan lebih daripada 13,200 orang daripada 264 organisasi kebajikan seluruh Negara,


Kempen ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur dengan sumbangan diberikan kepada Rumah Hope,  Rumah Ozanam, Rumah Kebajikan Nurul Hasanah, Rumah Kasih Harmoni,  Our Family Home,  Lovely Nursing Centre,  Rumah Anak-anak Yatim Shifa, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Yayasan Anak-anak Yatim Pinggir TTDI.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan