ISTANA BUDAYA JADI 'HAVOC' 22 MEI INI
ALTIMET, Joe Flizzow dan SonaOne akan berada di IB pada 22 Mei ini, |
Buat pertama kalinya, sebuah persembahan showcase ‘hip hop’
bakal menggamatkan pentas berprestij Istana Budaya apabila showcase ‘Havoc’
bakal diadakan sehari sahaja iatu pada 22 Mei ini bermula jam 8.30 malam.
Para peminat Altimet, Joe Flizzow dan SonaOne akan
dihiburkan dengan kira-kira 25 buah
lagu-lagu popular ketiga-tiga artis hip hop berkenaan selama lebih
kurang 90 minit.
Dianjurkan Zi
Communication, showcase ‘Havoc’ ternyuata akan mencipta sejarahnya yang
tersendiri bukan sahaja buat genre hip hop yang telah 16 tahun berada dalam
industri muzik tempatan malah bagi Istana Budaya sendiri yang buat julung
kalinya juga membenarkan sebuah persembahan hip hop mencetuskan ‘havoc’ pada
pentas berprestijnya itu.
“Walau pun persembahan ini sebenarnya menggantikan teater
Matahati yang tidak dapat dipentaskan dan idea ini dizahirkan oleh Zi
Commuication, Abang Jo melihatnya sebagai satu kelainan dan Abang Jo sentiasa
terbuka untuk memberikan pelbagai genre memasuki
pentas IB,” ujar Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato Mohamed Juhari Shaarani yang lebih
popular dipanggil Abang Jo.
Menurutu Abang Jo, beliau tetap memberi sokongan kepada
persembahan yang mempunyai kelasnya tersendiri dan dengan cara itu ia mampu
mengangkat genre hip hop ke taraf yang lebih tinggi dan diterima bukan sahaja
oleh golongan muda mudi malah kalangan korporat.
“Dengan pementasan ini kami harap ia akan mengubah persepsi
masyarakat terhadap hip hop yang telah
diperkenalkan sejak tahun 1998,” tambah Joe Flizzow sewaktu diminta
pendapatnya.
Tiket-tiket untuk menyaksikan ‘Havoc’ berharga RM100, RM180,
RM220, RM280 dan RM380 sudah boleh dibeli melalui www.exitix.net dan di Istana
Budaya Box Office atau pun melalui www.ticketpro.com.my
dan di semua cawangan TicketPro.
ABANG Jo (tengah) bersama artis-artis terlibat dengan showcase 'Havoc' |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan