Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KFC PERKENAL BURGER ZINGER REMIXED



LING MEE JUAN (dua dari kiri) bersama kakitangan KFC memperlihatkan Burger Zinger Remixed baru2 ini.

Berpegang  teguh kepada janji untuk menggemparkan peminat  setia dengan sesuatu yang berbeza setiap kali, KFC Malaysia memperkenalkan Zinger Remixed iaitu burger ayam baharu dari kepingan jalapeno pedas hingga ke sos citarasa Asia yang lazat dan unik.


Pelancaran Burger Zinger Remixed disempurnakan di hadapan media  di KFC Pavilion baru-baru ini oleh Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.


“Dengan slogan ‘Gemparkan cetusan rasa yang hebat’  burger Zinger Remixed baharu ini semenangnya istimewa  dengan gabungan citarasa yang mengagumkan. Anda pasti terpikat dengan kelazatannya yang sungguh membangkitkan selera,” ujar Ling Mee Juan.


Ledakan perisa dalam burger Zinger  Remixed pasti akan memberikan anda kepuasan dengan setiap gigitan, tambah Mee Juan.


Menurut beliau selanjutnya, pasukan R&D di KFC sentiasa mencari peluang untuk mencipta sesuatu yang baru bagi memenuhi selera peminat-peminat burger  KFC.


“Dengan ramuan yang berkualiti dan citarasa yang boleh dinikmati oleh semua, serta harga yang amat berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang, kami yakin bahawa produk baharu ini akan menjadi popular bukan sahaja di kalangan golongan muda malah juga mereka yang berjiwa muda,” jelas Mee Juan.


Sesungguhnya, beliau turut yakin para pelanggan yang sentiasa mencari kelainan  akan berpuas hati dengan keenakan dan keunikan rasa burger Zinger Remixed baharu tersebut.


Burger KFC Zinger Remixed boleh didapati melalui hidangan ala carte daripada harga RM7.25 dan juga dalam kombo yang mengandungi empat keeping kentang hash rounds  bersama satu minuman berkarbonat dengan harga RM 9.95.


Bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih mengenyangkan, burger ini juga  tersedia dalam versi Hot Box iaitu tambahan seketul ayam goring pada harga RM11.85 (harga berbeza mengikut lokasi).


Hidangan ini hanya boleh diperoleh di semua restoran KFC di seluruh Negara untuk jangka masa terhad bermula 8 Mei sehingga stok masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan