MEGA BAZAAR BAKAL HIMPUN 1,000 USAHAWAN INTERNET
Syarikat
Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama
strategik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya akan menganjurkan
acara jualan secara besar-besaran sekali gus menghimpunkan lebih 1,000
usahawan internet menerusi Mega Bazaar
pada 21 dan 22 Jun depan, beretempat di
Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Mega
Bazzar dianjurkan dengan objektif menggalakkan
aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan bumiputera dan membantu
meningkatkan ekonomi ummah serta mempromosi produk dan perniagaan usahawan
melayu online kepada rakyat.
Kerjasama strategik ini adalah untuk menggalakkan
usahawan melayu online menjadi ahli DPMM WP Putrajaya bagi memastikan
perniagaan online mereka diberi perhatian khusus dan peluang yang lebih besar
untuk memasarkan produk mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut
Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, penganjuran Mega Bazaar ini
akan menjadi satu sejarah tersendiri kepada kesemua pengusaha perniagaan online
di Malaysia.
“Saya sendiri tidak dapat bayangkan kemeriahan pada acara ini nanti kerana kesemua pengusaha yang bergiat aktif ini akan berhimpun dengan menjual produk mereka pada harga paling rendah dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa sepanjang dua hari di MAEPS nanti,” ujar Iffah Zaimi.
“Ini adalah satu usaha dan inisiatif yang pihak kami fikirkan terbaik untuk menyuntik semangat kepada usahawan Melayu dan anak muda yang selama ini menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tapak membuka perniagaan. Selain mampu menyediakan satu bazaar yang akan menempatkan pelbagai produk dijual, Mega Bazaar ini juga akan menjadi satu lokasi membeli-belah paling murah dengan pakej pembelian yang menarik,” tambahnya.
Menurut beliau lagi, lebih 1000 usahawan Melayu akan berada di situ dan lebih menariknya terdapat lebih 50 artis dan selebriti akan turut sama menjual pelbagai produk mereka.
Antara selebriti yang dijangka hadir termasuk pelakon jelita, Neelofa yang akan bertemu peminat selain menjual produk kanta lekap, LofaLens dan beberapa produk lain, Mila Jirin, Afdlin Shauki, Mawi dan Ekin, Adira, Yana Shamsuddin, Eira Syazirah, Nabil Raja Lawak, Mizz Nina dan suaminya, Noh Hujan, Ameer (Fourteen), bintang bola sepak, Fahmi Apex dan ramai lagi.
“Justeru saya boleh bayangkan kemeriahan sambutan Mega Bazaar ini nanti,” katanya Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, penganjuran Mega Bazaar ini akan menjadi satu sejarah tersendiri kepada kesemua pengusaha perniagaan online di Malaysia.
“Saya sendiri tidak dapat bayangkan kemeriahan pada acara ini nanti kerana kesemua pengusaha yang bergiat aktif ini akan berhimpun dengan menjual produk mereka pada harga paling rendah dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa sepanjang dua hari di MAEPS nanti.
“Ini adalah satu usaha dan inisiatif yang pihak kami fikirkan terbaik untuk menyuntik semangat kepada usahawan Melayu dan anak muda yang selama ini menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tapak membuka perniagaan. Selain mampu menyediakan satu bazaar yang akan menempatkan pelbagai produk dijual, Mega Bazaar ini juga akan menjadi satu lokasi membeli-belah paling murah dengan pakej pembelian yang menarik.
“Lebih 1000 usahawan Melayu akan berada di situ dan lebih menariknya terdapat lebih 50 artis dan selebriti akan turut sama menjual pelbagai produk mereka. Jika kita lihat hari ini, golongan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan mereka di laman sosial masing-masing.
“Antara selebriti yang akan hadir menjaga booth mereka pada 21 dan 22 Jun depan termasuk pelakon jelita, Neelofa yang akan bertemu peminat selain menjual produk kanta lekap, LofaLens dan beberapa produk lain, Mila Jirin, Afdlin Shauki, Mawi dan Ekin, Adira, Yana Shamsuddin, Eira Syazirah, Nabil Raja Lawak, Mizz Nina dan suaminya, Noh Hujan, Ameer (Fourteen), bintang bola sepak, Fahmi Apex dan ramai lagi.
“Justeru saya boleh bayangkan kemeriahan sambutan Mega Bazaar ini nanti,” katanya yang sebelum ini pernah menganjurkan bazaar lain termasuk “CarBonet sale” pada Disember lalu di Bangi dan Eh Eh Bazaar Outstation S.E 1.0 di Mydin MITC Ayer Keroh Melaka kata Iffah yang sebelum ini pernah menganjurkan bazaar lain termasuk “CarBonet sale” pada Disember lalu di Bangi dan Eh Eh Bazaar Outstation S.E 1.0 di Mydin MITC Ayer Keroh Melaka.
Sehubungan
itu, Eh Eh Bazaar Sdn Bhd mengundang
kesemua anak muda yang menjalankan aktiviti perniagaan secara online di laman
sosial masing-masing untuk bersama memeriahkan Mega Bazaar ini bagi
mengembangkan lagi perniagaan selain berdepan sendiri pelanggan secara offline.
Tambah
Iffah, dengan harga serendah RM400, mereka akan berpeluang untuk menempah booth
untuk dua hari berniaga dengan pelbagai kelengkapan lain turut disediakan.
Sesiapa
yang berminat bolehlah menghubungi nombor 012-2920131 untuk keterangan lanjut
atau menempah gerai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan