BABA'S RAI PEMENANG 'TONTON & MENANG DI ASMARA PENCHALA
Seramai 50 orang
jemputan istimewa termasuk media
meraikan kehadiran empat pemenang-pemenang utama Peraduan Akhir Tonton & Menang BABA”S
cu-bits musim kedua, dalam sebuah majlis minum petang di Asrama Penchala kelmarin.
Tempat pertama diraih Mazlee Mohd (gambar dua dari bawah) dari Melaka yang berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 diikuti oleh Jasmi Ab Rahman dari Johor dan Solpian Murad dari Pahang, keduanya berkongsi hadiah tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang RM5,000 setiap seorang.
Tempat ketiga berupa wang tunai RM1,000 setiap seorang
dimenangi oleh dua peserta dari Miri,
Sarawak iaitu Richard Koh Khung Meng dan Zainab Majidi bersama pemenang dari
Putrajaya, Mohd Faizal Yunus.
Hadiah disampaikan oleh hos rancangan BABA’S cubit, Chef
Kamarul dan isterinya, Yati Rahman. Turut hadir Ketua Pengiklanan & Promosi
BABA’S, Encik Claudian Navin Stanislaus, pencetus idea inspirasi cu-bits.
Majlis jamuan petang yang berlangsung santai dan tertutup itu dihidangkan dengan menu
daripada koleksi himpunan resipi BABA’s cu-bits musim terdahulu iaiitu BABAS’S Rendang Infused Mussel Au
Gratin, Nasi Minyak Hiasan Telur Gaya Baba’s, Ayam Masak Sambar Baba’s, Kuih
Sagu Payasam dengan Praline Kacang Badam dan minuman Baba’s Kesari Mangga
bersama Daun Pudina.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan BABA’S cu-bits dan
perkembangan terkini BABA’S boleh layari laman facebook BABA’S & U.
FIZA mengacarakan majlis bertemu bual dengan Chef Kamarul dan isterinya, Yati di Asmara Penchala baru-baru ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan