'PIRPLE LEAGUE' TAWAR HADIAH LUMAYAN SEHINGGA RM2 JUTA
Buat
pertama kalinya, Malaysia bakal mempertemukan pemain professional dan amatur
dalam satu arena liga badminton professional apabila ‘Malaysia Purple League’
bakal bermula untuk musim pertama menjelang September ini.
Anjuran
MPL (M) Sdn Bhd yang diterajui pengasasnya, Dato Jack Koh (gambar atas,kiri) ‘Malaysia Purole League’ (MPL) yang menawarkan hadiah lumayan sehingga RM2
juta dijangka menyaksikan pembabitan awal 12
kelab pasukan badminton di
mana mereka boleh mendapatkan khidmat
pemain dan jurulatih dari luar negara seperti yang dilakukan di liga di China,
Indonesia dan India sebelum ini.
“Ia satu
platform yang baik dalam usaha mengekalkan Malaysia sebagai kuasa besar
badminton dunia, “ ujar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar atas, dua dari kiri) pada majlis pelancaran ‘Purple League’ di
Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir
pemain badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dan Timbalan Presiden BAM, Datuk
Mohamad Norza Zakaria (gambar atas, kanan).
Malaysia merupakan antara tiga Negara terbaik dalam acara badminton selain China dan Korea Selatan.
Menurut Khairy, melalui liga tersebut ia memberi cabaran buat pemain muda untuk beraksi bersama bekas pemain atau
pemain professional malah mampu mengetengahkan pelapis badminton Negara..
"Jika bakat baharu dicungkil misalnya sejak dari usia 10 tahun dan dilatih dengan betul, selepas 10 tahun negara akan menerima seorang lagi Chong Wei," tambahnya.
"Jika bakat baharu dicungkil misalnya sejak dari usia 10 tahun dan dilatih dengan betul, selepas 10 tahun negara akan menerima seorang lagi Chong Wei," tambahnya.
Musim MPL dijadual berlangsung dari Septemper ini hingga Februari tahun depan yang turut melibatkan penyertaan pemain luar negara.
Dengan tawaran hadiah wang tunai RM2 juta, MPL ialah liga yang membuka peluang kepada pemain badminton profesional dan amatur mendapatkan pengalaman bersaing antara satu sama lain bahkan mewujudkan platform bagi bekas pemain badminton Negara untuk meneruskan penglibatan dalam sukan kegemaran mereka itu.
Sementara itu, Jack Koh memberitahu, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa jurulatih luar seperti Li Yongbo (China) dan Park Joo Bong (Jepun) selain pemain seperti Markis Kido (Indonesia), Lee Hyun Il (Korea Selatan), Cai Yun (China) dan Fu Haifeng (China) untuk mereka menyertai dalam saingan MPL.
“Mereka
memberikan maklum balas yang positif, “ tambah Koh.
Beliau selanjutnya memberitahu, akan cuba mendapatkan bintang sensasi China, Lin Dan untuk turut beraksi kelak..
KJ menurunkan tanda tangannya pada acara merasmikan majlis 'Purple League' bari-baru ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan