Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SERLAHKAN KEANGGUNANMU' DENGAN MARY CHIA






Barangkali anda kini sedang berada di dalam pantang selepas melahirkan anak atau pun sudah melepasi pantang 44 hari tetapi berat badan masih sukar untuk diturun. Perut anda kelihatan buncit waima gelebeh di sana sini. Anda rindukan badan seperti sebelum melahirkan apatah lagi semua baju-baju kesayangan yang dibeli sudah tidak muat lagi.


Sekiranya itu menjadi kerunsingan apatah lagi menjelang Raya  dua bulan lagi, anda tidak perlu gusar kerana jawapan yang dicari boleh diperoleh melalui program  ‘Transformasi Lengkap 360 Darjah’ yang ditawarkan  oleh  pusat kecantikan pelangsingan Mary Chia.

Malah sempena menyambut kedatangan lebaran, Mary Chia memperkenalkan pakej Raya ‘Serlahkan Keanggunannu’ yang menawarkan rawatan kecantikan pelangsingan serendah RM799 dengan penjimatan sehingga RM3,361 jika memilih untuk pakej transformasi lengkap 360 darjah.


Mengumumkan demikian pada media dalam majlis santai baru-baru ini, Pengarah Urusan Mary Chia Malaysia memberitahu, pihaknya turut menyediakan diskaun tinggi terhadap beberapa rawatan premium sempena promosi Raya agar wanita dapat menyerlah cantik dengan bentuk badan  keinginan mereka. 

Memberi penerangan lanjut berhubung kesan produk ialah model Tehmina (gambar kanan sebelah Natasha Hudson).


Turut hadir Duta Mary Chia,  Natasha Hudson yang turut menceritakan bagaimana rawatan di Mary Chia dapat menurunkan berat badannya sehingga 2 kg dalam masa dua minggu dan 6 kg dalam tiga minggu.


“Rawatan ini cepat, selamat dan efektik  malah sesuai untuk wanita bekerjaya yang sentiasa sebuk dan yang mahu melihat kesannya cepat seperti saya,” ujar Natasha.

Bersamanya seorang lagi penerima rawatan iaitu Imi Liyana Abdullah, seorang auditor IT yang berjaya menurunkan berat badannya sehingga 6.3 kg dalam tiga minggu.


“Istimewanya rawatan ini cuma mengambil masa sejam dan saya selalu mengambil peluang waktu rehat tengah hari untuk menjalani rawatan, mudah sahaja bagi wanita yang sebuk seperti saya,” cerita Imi puas yang berharap dapat menurunkan lagi berat badannya lagi 3 kg menjelang Raya.

Program Transformasi Lengkap 360 darjah untuk badan menyediakan lima belas kali rawatan termasuk detoksifikasi,  stimulasi kardio, menyingkir selulit, mengurangkan air dalam badan serta menegangkan kulit.

Manakala transformasi untuk muka yang juga bernilai RM799, dengan penjimatan sehingga RM1,571, anda perlu  menjalani tujuh kali rawatan termasuk rawatan bahagian mata.


Bermula di Singapura, Mary Chia yang berpengalaman selama 30 tahun dalam industri ini merupakan pelopor dalam bidang kecantikan, pelangsingan dan perkhidmatan spa untuk lelaki dan wanita.


Jadi apa kata anda? Bolehlah merebut peluang keemasan itu sekiranya anda berhasrat menggayakan baju Raya yang menampakkan kelangsingan badan tahun ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan