Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TEMPAHAN NISSAN TEANA BAHARU SUDAH DIBUKA



NISSAN TEANA  baharu sudah boleh ditempah sekarang.
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini sudah mula menerima tempahan untuk Nissan TEANA serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.

Bagi Nissan TEANA serba baharu generasi ketiga ini, setiap inci dan perincian kereta ini telah dihasilkan dengan teliti untuk mereka yang menghargai perkara lebih baik dalam hidup. Rekaan yang bergaya dan kemas, inovasi termaju serta kemewahan telah digabungkan dengan sempurna demi menawarkan pemanduan luar biasa yang mewujudkan “Drive to Greatness” (Memacu ke Arah Kehebatan) - selari dengan tagline Nissan TEANA serba baharu.

Orang ramai boleh melihat secara dekat Nissan TEANA serba baharu yang amat ditunggu-tunggu ini di beberapa buah pusat beli-belah terpilih di seluruh negara mulai sekarang hingga 1 Jun 2014. Pusat beli-belah terpilih itu ialah Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur (mulai sekarang hingga 18 Mei 2014), Mahkota Parade, Melaka (dari 15 - 18 Mei 2014), KSL Mall, Johor Bahru (dari 19 - 25 Mei 2014), Alamanda, Putrajaya dan Publika, Kuala Lumpur (dari 21 - 25 Mei 2014) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (dari 29 Mei - 1 Jun 2014).

Para pelanggan yang ingin membuat tempahan juga boleh berbuat demikian di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Nissan TEANA serba baharu menyerlahkan penampilan premium dan berkualiti tinggi. Ia hadir dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE. Penampilan keseluruhan Nissan TEANA serba baharu telah dipertingkatkan, terima kasih kepada garis karekter tajam yang bermula dari bahagian hadapan hingga ke belakang yang mencetuskan aliran  momentum. Gril hadapan yang menyerlah pula diletakkan di antara lampu utama yang sedikit condong. Profail kereta yang kemas adalah hasil daripada aspek aerodinamik yang telah ditambah baik.
 
Dikuasakan oleh enjin QR25DE yang baru dibangunkan, kuasa tork pada julat rendah dan sederhananya telah ditambah baik dengan kebuk pembakaran serta emisi lebih efisien.  Enjin penuh kuasa ini dilengkapi Twin C-VTC (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) untuk dipadankan dengan pelbagai kondisi enjin. Pada masa yang sama mengoptimumkan penjimatan bahan api, menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan lincah di bandar, serta pecutan yang berkuasa dan mudah untuk memotong kenderaan lain di lebuh raya.  

Sama seperti tempat duduk pesawat kelas pertama, Nissan TEANA serba baharu hadir bersama Reka Bentuk Tempat Duduk “Diinspirasikan kepada Graviti Sifar” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang serta memperbaiki aliran darah. Sekali gus mengurangkan kepenatan jika memandu dalam tempoh yang lama dan memastikan pengalaman pemanduan yang selesa. Bunyi bising di dalam kabin Nissan TEANA serba baharu juga telah dikurangkan secara signifikan.

Untuk meningkatkan pengalaman premium Nissan TEANA serba baharu, ia dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling yang mengagumkan.

Menyentuh tentang aspek keselamatan, Nissan TEANA serba baharu didatangkan dengan rangkaian ciri kemudahan dan keselamatan yang inovatif. Ini termasuklah 6 beg udara SRS, Hill Start Assist (HSA), Active Understeer Control (AUC), Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA), Vehicle Dynamic Control (VDC) dan Traction Control System (TCS).

Nissan TEANA serba baharu dipasang di Malaysia di Kilang Serendah milik ETCM yang dilengkapi dengan beberapa teknologi pengilangan termaju.

Nissan TEANA serba baharu hadir dalam lima warna; biru (Storm Blue), perak (Tungsten Silver), hitam (Diamond Black), emas (Bronze Gold) dan putih (Brilliant White).

Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Nissan TEANA serba baharu di laman web www.teana.com.my  atau hubungi talian 1800 88 8368. 
Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan yang menarik, sila layari laman web  www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Sebelum itu, pada 29 April lalu, Nissan telah melancarkan Nissan Sylphy generasi ketiga  yang merupakan salah satu model global utama Nissan yang dipasarkan di kira-kira 120 buah negara termasuklah Jepun, China, Thailand dan Australia (sebagai Pulsar) dan Amerika Syarikat (sebagai Sentra).

Kereta baharu berkenaan yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand  dibina menggunakan platform da reka bentuk serba baharu yang membuktikan penambahbaikan pada semua aspek. Ia dikuasakan oleh enjin MRA8DE Twin CVTC yang baharu. efisien, kompak dan ringan.

Ia dilengkapi teknologi-teknologi baharu dan kawalan injap pemasaan berterusan (CVTC) pada bahagian pengambilan dan ekzos. Reka bentuk lejang yang panjang menawarkan penghantaran kuasa tork yang lebih baik bagi meningkatkan aspek pecutan ketika berada pada kelajuan rendah.

Sewaktu melancarkan tema Nissan Sylphy serba baharu ini, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Encik Tan Keng Meng berkata, "Alami Kesempurnaan" menjadi slogan kas buat Nissan Sylphy kerana ia melambangkan sikap dan gaya yang mencipta nilai-nilai dengan identiti peribadi seseorang.

Ia didatangkan dalam dua varian, 1.8E dan 1.8 VL dengan lima pilihan warna merah, hiam, emas, putih dan perak. Harga di atas jalan  (tidak termasuk insurans) sekitar RM155,300    untuk 1,8E dan RM125,500 bagi varian 1.8 VL.

NISSAN SYLPHY telah dilancarkan akhir April lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan