Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NUR FATHIA DEDAH RAHSIA RAMBUT




Sebelum ini,  dramatis yang terkenal menerusi  “Nur Kasih”, Nur Fathia Latiff belum pernah mencuba  syampu jenama Pantene walau pun setiap hari  beliau mencuci rambutnya  waima sering berhadapan dengan solekan dan hias rambut yang pelbagai ketika menjalani penggambaran.


Namun, setelah dilantik sebagai pengguna shampoo Pantene Pro V dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin selama sebulan di mana Nur Fathia perlu menarik perhatian peminatnya melalui Tweeter dan Instagram dengan berkongsi pengalamannya.


“Selama sebulan menggunakannya, saya dapat rasa kelainannya. Rambut saya  sudah tidak kering lagi malah sihat bersinar-sinar,” ujar Nur Fathia ringkas pada sesi perkongsian bersama media di Tanzini Upper Deck G Tower baru-baru ini.


Pada bulan Mei lalu, Pantene menjemput Nur Fathia untuk menjalani  cabaran #ChanceToShine dengan mencuci rambutnya menggunakan rangkaian syampu Pantene Pro V berkenaan. Dengan menggunakan sains bagi mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan bersinar.Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin bertindak dengan melindungi struktur protein atau  keratin rambut dari  dioksidakan oleh mineral yang wujud secara semula jadi di dalam air.

Setiap minggu sepanjang misi tersebut, Nur Fathia berkongsi pengalamannya bersama peminat yang turut mendapat pra tonton ringkas sesi penggambaran kreatif oleh Pantene untuk mempamerkan manfaat-manfaat menggunakan syampu Pantene Pro V  dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin.


Hasilnya, memoerlihatkan rambut heroin “Diandra” ini kelihatan menawan malah  digambarkan daripada sebuah potret yang dibingkaikan  serta di tanda tangani oleh Nur Fathia sendiri.


“Sains di sebalik syampu ini benar-benar menarik perhatian saya. Biasanya kita hanya bimbang  dengan apa yang boleh dilihat atau dirasakan, seperti haba dan kelembapan – siapa sangka mineral di dalam air boleh menjadi ‘musuh di dalam diam’ yang menghalang rambut dari kelihatan cantik? Saya juga sukakan wangian syampu-syampu ini,”  tambah Nur Fathia.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi P&G,  Cik Goh Seng Jone yang turut hadir memberitahu, masalah rambut kusam dan tidak bermaya adalah sesuatu yang boleh difahami setiap wanita hari ini, lantas Pantene ingin menyediakan penyelesaian rambut yang inovatif kepada wanita Malaysia, bermula dengan memformulasikan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin yang unik berkenaan ke dalam syampu-syampu Pantene Pro V.

"Sudah tiba masanya untuk semua wanita mengatakan tidak kepada rambut kusam dan memberikan rambut anda #ChanceToShine," ujarnya.

Rangkaian syampu ini meliputi varian 'Nourished Shine', 'Long Black,' 'Silky Smooth Shine,' 'Color & Perm Lasting Care,' 'Daily Mosture Repair,'Hair Fall Control' dan 'Total Damaged Repair'. Ia dijual pada harga RM9.90 (170ml) dan boleh didapati di semua cawangan runcit utama di seluruh negara.

Corat Coret:

* Fathia melahirkan rasa kecewa dengan seorang rakan media yang baik dengannya tetapi sanggup mengeluarkan gosip di akhbar harian mengenai cerita kononnya beliau tiada disiplin di set penggambaran. Beliau menafikan gosip tersebut.
* Fathia menolak juga khabar angin yang mengatakan beliau dimarahi oleh kekasihnya, Aiman Hakim  di hadapan umum malah memberitahu hubungan mereka masih akrab..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan